Resepi Cupcake Coklat
Kredit : kwanster
Cupcake adalah sejenis kuih yang dibuat dalam bentuk cup dan memiliki tekstur yang sangat lembut. Rasanya manis dan ramai yang menggemarinya termasuklah kanak-kanak.
Proses pembuatan cupcake memang mudah, sehingga menjadi daya tarik tersendiri untuk anda membuatnya. Resepi Cupcake Coklat lembut dan lazat ini boleh anda cuba sendiri di rumah. Anda juga bebas untuk menghiasanya mengikut kepakaran anda sendiri. Cupcake coklat ini boleh anda nikmati ketika duduk-duduk santai sambil minum teh atau kopi. Okay, selamat mencuba Resepi Cupcake Coklat yang telah Chef Wom.my sediakan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Cupcake Coklat
75 gram tepung gandum
100 gram marjerin yang dicairkan
75 gram coklat masak yang dicairkan
100 gram gula pasir
3 biji telur
½ sudu makan susu tepung
½ sudu teh ovallet
½ sudu teh baking powder
Cara membuatnya:
- Campurkan telur, gula dan ovallet.
- Kemudian pukul sehingga putih dan mengembang.
- Masukkan tepung gandum, baking powder dan susu tepung ke dalam adunan tadi sambil diayak. Kacau-kacaukan kembali sehingga ia rata atau sebati.
- Kemudian masukkan coklat dan marjerin yang sudah dicarikan ke dalam adunan, kacau lagi sehingga rata.
- Sediakan loyang cupcake yang sudah dialasi dengan papercup.
- Masukan adunan cupcake tadi ke dalam loyang cupcake.
- Kemudian bakar dalam oven atau kukus adunan tersebut selama 15 minit sehingga masak.
- Setelah itu, angkat dan sejukan.
- Jika suka anda boleh hiaskan cupcake coklat itu dengan krim coklat yang manis. Di samping itu anda boleh letakkan hiasan taburan agar Cupcake Coklat anda nampak lebih menarik.
<< Dapatkan resepi cupcake vanilla di sini.
No Comment