Selera

Semak Dua Resepi Istimewa Dengan Khasiat Kacang Buncis

Kacang Buncis - Women Online Magazine 1

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah ‘phaseolus vulgaris’ mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekeluarga dengannya.Dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah, pokok kacang buncis ini tumbuh secara melilit.

Ia mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang serta memerlukan pancang atau kayu untuk memanjat. Biasanya kacang buncis akan matang dan boleh dikutip dalam enam hingga tujuh minggu selepas ditanam.Kacang buncis adalah sayuran berkacang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Selain kandungan protein, ia juga kaya dengan lemak, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, potassium, sodium, zink, vitamin A, B, D dan juga kanji.

Khasiat Kacang Buncis

Kacang buncis mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal metabolisme gula dalam darah. Ia amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Membantu penghasilan sel darah merah dalam badan.

Kandungan serat yang tinggi pada kacang buncis sangat baik untuk melancarkan pencernaan atau mencegah sebarang keradangan, serta mengubati ulser perut.

Manfaat Lain Kacang Buncis

  • Menurunkan risiko diserang penyakit kanser.
  • Merangsang sistem antibodi tubuh.
  • Membantu pertumbuhan tubuh.
  • Meneutralkan kandungan gula dalam darah.

 

Kacang Buncis - Women Online Magazine 2

Resepi Kacang Buncis Sos Tiram

Bahan-bahan

  • Kacang buncis
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos tiram (boleh tambah jika mahu lebih perisa tiram)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa
  • sedikit minyak
  • 1/3 cawan air

Cara memasak

  • Tumiskan hirisan bawang merah & putih hingga separuh garing.
  • Masukkan serbuk perasa, sos tiram dan cili boh. Kacau sehingga sebati.
  • Tambahkan air dan biarkan ia mendidih sebentar.
  • Masukkan potongan kacang buncis dan kacau sehingga setengah masak.
  • Tambah garam secukup rasa.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

 

Kacang Buncis - Women Online Magazine 3

Resepi Kacang Buncis Masak Lemak

Bahan-bahan

  • 1 kg kacang buncis (dipotong serong serong)
  • 8-10 udang
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 3-4 ulas bawang merahl (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • Garam

Cara memasak

  • Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukan udang dan kacau hingga udang menjadi kemerahan.
  • Tambahkan santan dan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan kacang buncis dan cili, renih seketika hingga kacang menjadi lembut.
  • Tutupkan api dan siap untuk dihidangkan.

Kredit foto: aroundtheplate.org,onmyplate.co.uk,wpengine.netdna-cdn.com

<< Dapatkan resepi ketam masak lemak cili api yang cukup memukau selera di sini.

Previous post

Akim & The Magistrate “Mewangi”, Fazura Pula “Sayangi Dirimu”

Next post

Panduan Selamat Mengurut Ibu Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *