Resepi Puding Laici
Kredit Foto: taste
Puding Laici. Ia adalah sejenis puding yang digemari ramai. Puding laici, sejenis pencuci mulut yang mudah disediakan dan sangat enak dimakan sejuk.
Menggunakan bekas yang pelbagai bentuk dan jenis, pudding laici boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz yang mampu memikat selera seseorang.Puding laici juga sering dijadikan hantaran merisik atau bertunang.Ia juga dihidangkan sebagai hidangan untuk aktiviti santai.
Nikmatinya ketika panas terik sangat mengasyikkan! Jangan tak tahu, membuat puding laici sangat mudah!
Dapatkan Juga: Resepi Puding Trifle
Resepi Puding Laici
Bahan-bahan:
- 5 gram serbuk jelly
- 2 ½ cawan air
- 200 ml susu sejat
- 4 sudu gula pasir
- 1 tin laici (kisar 1 1/2 ½ isinya)
- 1 helai daun pandan
Cara memasak:
- Masukkan gula dan sernuk jelly ke dalam periuk yang berisi air. Kacaukan sehingga serbuk jelly tadi larut.
- Selepas itu, masukkan semula daun pandan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Matikan api.
- Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.
- Hidangkan bersama hirisan laici yang lebih tadi. Jika anda inginkan puding anda berkuah, tuangkan air laici dalam tin tadi sebagai penambah rasa.
Info Extra!
Khasiat Laici
- Kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan rendah lemak dan kolestrol.
- Mengandungi jumlah mineral yang sangat baik seperti kalium.
- Buah laici mampu mengekalkan kesihatan dan mengawal masalah berat badan.
- Potassium dalam laici membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah, dengan itu, ia menawarkan perlindungan terhadap penyakit jantung strok dan koronari.
- Kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.
- Buah laici melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.Dipercayai mengandungi oligonol yang berfungsi sebagai anti-oksida dan anti-selesema
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya!
<< Dapatkan resepi sogo gula melaka yang sungguh enak di sini.
Related Posts
Tags:Puding Laici
No Comment