Resepi Puding Jagung
Foto: blog.sassezz
Puding jagung adalah sejenis puding yang bahan utamanya adalah jagung. Pada asasnya puding jagung merupakan adunan susu atau santan dan tepung kastad serta jagung sebagi perisa. Gula dicampurkan bagi menambah rasa manis.
Oleh kerana ia tidak mempunyai bahan tambahan yang lain, ia adalah menyihatkan untuk di makan.Puding jagung boleh dianggap mengenyangkan kerana ia adalah padat dan jagung yang terdapat dalamnya membekalkannya dengan kandungan serat yang tinggi.
Bahan-bahan:
- 80 gram tepung kastard
- 1 tin jagung cream style
- 4-5 titik pewarna kuning telur
- Sedikit garam
- 100 gram gula pasir atau ikut rasa
- 1 camca besar serbuk agar-agar
- 900 ml santan segar
- 1 helai daun pandan
Cara memasak:
- Bancuh tepung kastard dengan santan. Kacau dengan rata. Sementara itu satukan gula dan serbuk agar-agar dalam periuk.
- Tapis bancuhan tepung kastard dan santan tadi ke dalam periuk berisi gula dan serbuk agar-agar.
- Masukkan jagung, garam, pewarna kuning telur dan daun pandan. Letakkan diatas dapur dan masak dengan api sederhana sehingga pekat.
- Pastikan anda kacau selalu untuk mengelakkan bancuhan berkerak. Apabila bancuhan kelihatan pekat dan berkilat, matikan api. Jangan lupa keluarkan daun pandan.
- Tuangkan dalam acuan, dan biar sehingga sejuk.
- Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Selepas itu, boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut.
<< Ketahui khasiat jagung dan dapatkan resepi bubur jagung yang cukup enak di sini.
Related Posts
Tags:Resepi Puding Jagung
No Comment