Resepi Enak Sago Gula Melaka
Chef WOM.my kali ini mahu berkongsi satu resepi ringkas dan mudah untuk disediakan.Sungguhpun semudah A.B.C, namun jika dibuat tidak bersungguh-sungguh ataupun kurang teliti, pasti tidak menjadi! Hilang keenakan yang ingin dinikmati, jadi buat bersungguh-sungguh dengan penuh rasa gembira dan kasih sayang.
Semoga minum petang anda bersama sahabat ataupun keluarga tercinta menjadi lebih ‘enjoy’ dengan adanya hidangan enak Sago Gula Melaka ini.Jom kita cuba Resepi Enak Sago Gula Melaka ini.
Bahan Sago:
- 150 gram sago
- 5 liter air
- Pewarna (Merah/hijau)
Bahan Santan:
- 100 ml santan
- 1 sudu the tepung beras
- ¼ sudu teh garam
- 100 ml air
Bahan Sirap:
- 150 gram gula Melaka
- 1 helai daun pandan (disimpul)
- 50 ml air
Cara memasak:
- Siramkan sago dengan air, kemudian toskan. Masak sagu dalam air yang mendidih sehingga sagu jernih. Pastikan sagu itu tidak berketul dan biarkan dalam periuk selama 10 minit.
- Selepas itu, siramkan sago dengan air yang mengalir untuk menghilangkan kanji. Kemudian, toskan.
- Simpankan sago itu dalam acuan atau bekas kecil mengikut kreativiti anda. Setelah siap, masukkan sago ke dalam peti ais.
- Campurkan semua bahan santan dan masak sehingga pekat. Ketepikan dan sejukkan.
- Satukan bahan sirap, masak sehingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
- Keluarkan sago dari peti ais dan alihkan ke dalam mangkuk atau pinggan yang sesuai. Tuangkan santan dan sirap gula Melaka. Jangan lupa hiaskan mengikut kreativiti anda. Selamat menjamu selera!
Kredit foto: hbp.blogspot
<< Dapatkan resepi sotong telur masin di sini.
Related Posts
Tags:Sago Gula Melaka
No Comment