Jom Bergaya Ringkas Dengan Baju Kotak-Kotak
Kredit Foto: offbeatandinspired.
Baju Kotak-Kotak. Fesyen baju kotak-kotak tidak hanya popular pada era 1970-an, sebaliknya dianggap fesyen yang tidak pernah pupus.
Golongan pereka fesyen dan pengeluar pakaian sentiasa berusaha menghasilkan koleksi baju kotak-kotak mengikut peredaran fesyen semasa. Fesyen baju kotak-kotak ini yang asalnya hanya digayakan oleh golongan lelaki, kini sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan wanita.Ia bukan sahaja selesa dan tampak ringkas dipakai malah serasi dipadankan bersama seluar jean dan skirt labuh.
Bagi para Muslimah yang mementingkan gaya sopan, usah bimbang! Terdapat juga baju kotak-kotak yang direka khas untuk anda. Namun harus diingatkan, baju kotak-kotak ini tidak sesuai dipakai ketika menghadiri majlis formal dan ke pejabat.
Baca Juga: Baju Nikah Muslimah
Jadi, jika anda menggemari gaya yang santai dan tampak ringkas, tunggu apa lagi. Penuhkan almari anda dengan baju kotak-kotak!
Jenis Pakaian Kotak-Kotak
Kekal bergaya dengan blouse eksklusif kotak-kotak. Sesuai digayakan oleh muslimah yang mementingkan gaya kesopanan dalam penampilan diri. Blouse ini diperbuat daripada kain cotton lembut dan sejuk.
Baca Juga: Keistimewaan Kain Cotton
Kemeja kotak-kotak sentiasa mendapat tempat di hati setiap wanita. Pakaian wanita jenis ini merupakan pilihan utama bagi mereka yang gemar tampil kemas dan elegan ke tempat kerja. Selain itu, terdapat juga rekaan kemeja kotak-kotak yang sesuai dipakai untuk aktiviti santai. Serlahkan penampilan dan tingkatkan keyakinan anda dengan pemilihan kemeja yang hebat ini.
- Crop Top
Menampilkan rekaan berpotongan “crop” dengan motif kotak-kotak. Berasaskan campuran “rayon”, leher berpotongan “scoop”, berlengan pendek dan muatan yang selesa. Tambahkan baju yang menarik ini sebagai salah satu koleksi kasual anda.
- Peplum
Tampil anggun dan bergaya dengan koleksi baju peplum kotak-kotak yang menawan. Curi tumpuan ramai dengan memadankan pakaian ini bersama sehelai skirt labuh dan aksesori yang bersinar. Anda juga boleh memadankannya dengan sepasang seluar yang sopan dan mengenakan tudung yang sesuai untuk mendapatkan imej Muslimah moden.
Merupakan pakaian yang paling selesa dipakai dan masih mampu menyerlahkan gaya anda dengan bersahaja. Pada mulanya, ia direka untuk kaum lelaki namun menjadi pilihan ramai wanita. Kini, terdapat pelbagai rekaan dan potongan baju- T kotak-kotak yang pastinya menambat hati anda dan sesuai untuk dipakaikan ke apa jua tempat dan acara.
- Tank Top & Singlet
Miliki koleksi pakaian tank top dan singlet kotak-kotak dan padankan dengan mana-mana pilihan seluar atau skirt yang sesuai. Lengkapkan gaya anda dengan padanan kasut yang sesuai untuk kelihatan ranggi.
Nota Kaki: Jika suka artikel ini, anda boleh SHARE ya!
<< Ketahui keistimewaan kain cotton di sini.
No Comment