Faizal Tahir Tercalon di Anugerah MTV Muzik Eropah (MTV Europe Music Awards)
Faizal Tahir. Nama Faizal Tahir,merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam arena industri muzik tanah air.
Faizal yang terkenal dengan aksi energetik di atas pentas dan gaya persembahan yang unik serta berkarisma tinggi ini mampu membuat siapa sahaja akan ‘jatuh cinta’ dengan nyanyian dan persembahannya.
Kehebatan yang dimiliki beliau tidak dapat di sangkal lagi apabila pada tahun ini Faizal Tahir tercalon di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award).Faizal Tahir tidak pernah mengecewakan para peminat semenjak beliau mula menyertai pertandingan One In A Million mahupun di majlis-majlis anugerah berprestij tanah air.
Ternyata comeback Faizal dengan lagu ‘Assalamualaikum’ menjadi kerana telah mendapat sambutan yang hangat oleh peminatnya dan oleh kerana kehangatan dan aura yang ada pada Faizal Tahir itu juga membuatkan beliau tercalon untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik ini.
Barisan artis dari negara-negara jiran yang turut bertanding bersama Faizal Tahir dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah James Reid (Filipina), NOAH (Indonesia), Slot Machine (Thailand), Son Tung M-TP (Vietnam) dan juga The Sam Willows (Singapore).
MTV Europe Music Awards (“EMAs” atau “EMA”) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari Mediolanum Forum, Milan, Itali pada hari Isnin, 26 Oktober 2015. Siaran ulangan pula akan ditayangkan pada hari yang sama jam 8:00 malam waktu tempatan.
<< Ketahui punca utama Zahid AF2 kembali aktif menyanyi di sini.
No Comment