4 Tips Pilih Jubah Cantik Buat Anda Yang Bertubuh Besar
Kredit Foto: bp
Jubah cantik terus menjadi trend remaja dan juga golongan dewasa.Pada mulanya kebanyakan rekaan jubah hanya berpotongan lurus dan menggunakan satu warna sahaja.
Seiring dengan perkembangan fesyen serta kehendak muslimah yang mahukan rekaan baju yang moden namun tetap menutup aurat, kini muncul pelbagai rekaan dan warna jubah cantik yang boleh anda miliki.Bolehlah anda pakai dan gayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menyiapkan baju baru di Hari Raya bukan satu perkara yang wajib. Namun, tidak ada salahnya jika anda menghormati hari istimewa tersebut dengan menggayakan jubah cantik. Anda pasti akan kelihatan fresh dan mempersonakan.
Kesan elegan dan anggun penuh pesona yang terpancar daripada jubah cantik mampu menambahkan keyakian diri si pemakainya. Wanita yang memakai jubah di Hari Raya nanti pasti akan kelihatan sangat cantik dan menarik. Tetapi, bagaimana jika anda berbadan gemuk, masih sesuaikah anda menggayakan jubah cantik?
Berikut beberapa tips memakai jubah cantik untuk anda yang berbadan besar.
1.Jika anda berbadan besar dan ingin memakai jubah cantik, pastikan ukurannya sedikit longgar dan elakkan memilih material jubah cantik yang melekat di tubuh.Jubah cantik yang ketat hanya akan memperlihatkan lebih jelas lagi setiap lekuk tubuh anda yang dipenuhi lemak. Sebaliknya pilih jubah cantik yang longgar tetapi sesuai jatuh di badan anda.
Baca Juga: Diet Ubi Kentang
2. Di samping itu,perhatikan motif jubah cantik yang ingin anda pilih.Elakkan memilih menggunakan motif dengan ornament yang besar. Motif besar hanya akan membuatkan badan anda nampak besar dan penuh. Jika anda ingin menggunakan jubah cantik bermotif, pilih motif atau corak yang vertikal.
Corak garis vertikal akan menimbulkan kesan tinggi dan langsing.Warna corak yang dikenakan sebaiknya menggunakan warna pastel atau garis-garis kecil yang cukup padat.Elakkan menggunakan garis yang tebal atau lebar. Jubah cantik dengan warna-warna pastel yang lembut akan memberikan ilusi pakaian yang membuatkan anda kelihatan lebih kurus.
3. Selain itu, anda juga perlu pastikan potongan jubah cantik yang anda sukai itu benar-benar sesuai dengan aktiviti yang bakal anda lakukan.Anda yang bertubuh besar juga disarankan tidak menggunakan warna jubah cantik yang berkilat atau memancar-mancar.
Perkara ini akan membuatkan tubuh anda kelihatan semakin melebar dan siluet tubuh juga akan jelas terbentuk.Sebaiknya, anda yang bertubuh besar memilih jubah cantik daripada material cotton, chiffon dan spandex Korea dengan ukuran longgar.
Baca Juga: Rahsia Jubah Hitam
4. Potongan jubah cantik untuk anda yang berbadan besar sebaiknya bukan daripada jenis layer. Rekaan ini akan menimbulkan efek penuh dan tebal pada badan.Anda sebaiknya memilih jubah cantik dengan potongan mengembang pada bahagian bawah. Jika anda tetap mahu menggayakan jubah cantik dengan potongan beropol, sebaiknya pilih material ringan dan melayang sehingga jatuh di badan.
Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
<< Ketahui 6 jenis pin tudung yang disukai wanita di sini.
No Comment