5 Jenis Kasut Wanita Mengandung Terbaik
Kredit Foto: shuperb
Kasut Wanita. Ramai wanita yang berbadan dua atau mengandung tidak mahu kehilangan gaya.Pelbagai jenis dan rekaan kasut wanita yang dicipta khusus buat wanita mengandung.
Ternyta arus fesyen hari ini tidak mengenepikan wanita mengandung.Banyak pakaian serta pelengkap fesyen lain yang sesuai dan selamat dipakai oleh wanita mengandung dicipta.
Kebanyakan fesyen tersebut disesuaikan dengan keperluan wanita mengandung agar sentiasa selesa dipakai ketika beraktiviti.Para wanita mengandung bukan hanya perlu memperhatikan soal pemilihan pakaian sahaja, sebaliknya mereka harus bijak memilih kasut wanita yang ingin dipakai.
Pemilihan kasut wanita yang tidak tepat dan tidak selesa boleh meninggalkan kesan buruk pada kesihatan wanita mengandung. Wanita mengandung lebih mudah mengalami kekejangan di bahagian pergelangan kaki dan ligamen. Bahkan kaki yang tidak boleh menopang tubuh dengan baik juga berisiko menyebabkan wanita mengandung terjatuh. Jadi, sangat penting bagi seorang wanita mengandung memilih kasut wanita yang selesa dan selamat dipakai.
Berikut beberapa pilihan kasut wanita yang sesuai digayakan oleh wanita mengandung:
Kasut wanita jenis ini sangat disarankan untuk wanita mengandung.Kasut wanita jenis flat shoes atau boots memberikan keselesaan buat wanita mengandung sepanjang beraktiviti. Jika anda bekerja di pejabat, anda boleh memilih flat shoes bewarna neutral. Manakala boots pula anda boleh gunkan ketika bersiar-siar, travelling dan sebagainya.Sekiranya anda tidak boleh meninggalkan kasut tumit tinggi, anda mungkin boleh menggunakan kasut wanita jenis wedges. Pilihlah kasut wedges yang tapaknya mendatar supaya anda berasa selesa ketika memakainya.
Kasut wanita jenis sandal ini sesuai digayakan oleh wanita hamil. Pilihlah kasut sandal dengan tumitnya yang rendah. Kasut sandal ini akan memberikan keselesaan buat kaki untuk bernafas. Namun, pastikan anda memilih kasut wanita jenis ini yang diperbuat daripada material yang tidak menjerut dan panas. Elakkan memilih kasut sandal dengan ‘gasper’ atau kancing pengunci kerana ia akan menyusahkan anda untuk memakai atau menanggalkannya.
Baca Juga: Bahaya Kasut Tumit Tinggi
- Kasut Yang Dapat Menopang Berat Badan
Sepanjang tempoh mengandung, berat badan anda pasti akan mengalami kenaikan. Jadi, anda perlu memilih kasut wanita yang dapat menopang berat badan serta mengikuti bentuk kaki ada. Anda disarankan memilih kasut wanita dengan rekaan jenis ‘pump shoes’, ‘marry jane’ atau ‘moccasin’ tanpa bertumit. Di samping itu, kasut yang dipilih juga mestilah sesuai dengan bentuk telapak kaki serta tumit anda bagi mendapatkan keselesaan ketika anda memakainya.
Perubahan bentuk serta berat tubuh wanita akan membuat wanita mengandung sering mengalami kesukaran untuk menyeimbangkan dirinya. Situasi inilah yang seringkali membuat wanita lebih mudah terpelecok, Jadi, anda perlu memilih kasut wanita yang tidak licin.
- Kasut Yang Mudah Untuk Dipakai
Ketika sudah hampir saat melahirkan, ukuran perut anda semakin membesar dan anda akan menjadi lebih sukar untuk membongkok dan memakai kasut. Jadi, sebab itulah anda perlu memilih kasut wanita yang mudah untuk dipakai seperti rekaan jenis ‘selop’ atau ‘sarung’. Elakkan memakai kasut wanita jenis bertali kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk memakainya.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui tips menarik jika anda mempunyai betis besar di sini.
No Comment