Selendang Half Moon Paling Mudah Digayakan
Selendang Half Moon. Tutorial hijab WOM.my kali ini menggunakan sehelai selendang half moon yang menggunakan fabrik chiffon bercorak. Gaya selendang half moon yang digayakan ini cukup ringkas, sangat sesuai bagi semua lapisan usia, tidak kira tua ataupun muda.
Boleh Juga Cuba: Gaya Hijab Selebriti
Langkah pemakaian selendang half moon fabrik chiffon bercorak
- Pertama sekali, letakkan selendang half moon yang mempunyai hujung sebelah kanan pendek daripada hujung sebelah kiri.
- Kemudian pinkan ia supaya kemas.
- Ambil hujung sebelah kiri dan pinkan ia pada bahagian tepi kepala anda. Anda boleh menggunakan jarum ataupun kerongsang sebagai aksesori.
- Rapikan selendang half moon supaya ia dapat menutupi dada dengan sempurna.
- Kini selendang half moon anda sudah siap dengan gaya yang tersendiri. Simple serta mudah untuk digayakan ke mana sahaja.
Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya!
Model: Khairunisa Binti Roslan
<< Semak tutorial hijab tudung Nur Kasih di sini.
Related Posts
Tags:Selendang Half Moon
No Comment