Batuk Kering Boleh Merebak Ke Otak, Kelenjar Limfa, Tulang & Buah Pinggang
Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (juga dikenali sebagai Tibi) adalah jangkitan kuman Mycobacterium Tuberculosis. Ia biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan juga boleh menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), system peredaran (TB miliari), system limfa, sistem genitourinari, sendi, tulang dan lain-lain.