Khasiat & Kebaikan Si Daun Pandan!
Pokok daun pandan adalah sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga Genus Pandanus. Ia digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara.Daunnya berwarna hijau menegak dan halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok daun pandan jarang berbunga dan membiak melalui keratan.