Mesti Cuba Buat! Sambal Terung Pipit Ikan Bilis
Kredit Foto:1.bpTerung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang dan Terung Manggul.
Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Namun, ia dipercayai berasal dari negara Antilles.Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan bergaris bentuk bujur. Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah.
Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Khasiat Terung Pipit
- Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.
- Air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.
- Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.
- Selain itu, akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Dapatkan Juga: Resepi Pajeri Terung
Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis
Bahan-bahannya:
- 1 cawan terung pipit
- 1 genggam ikan bilis kembung
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 4 – 5 biji cili hijau (dihiris)
- 1/2 sudu teh pes asam jawa
- 1 inci belacan (Larutkan dalam ½ cawan air)
- Garam secukup rasa
- Gula
- ½ cawan air
Cara Memasak:
- Cuci terung pipit dan kemudian rebus hingga lembut. Selepas itu, toskan.
- Ikan bilis kembung direndam hingga lembut, kemudian asingkan dari tulangnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masuk belacan yang dilarutkan, kacau rata dan tambah ikan bilis kembung.
- Tuangkan air dan tambah terung pipit. Kacau dan biar mendidih perlahan.
- Tambahkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya dan gula. Kacau dan biarkan hingga masak.
Jangan lupa SHARE resepi ini ya.
<< Dapatkan resepi Nasi Arab di sini.
No Comment