CantikKulit

9 Tips Selamat Buat Kulit Wajah Anda Bebas Minyak!

Kulit Berminyak - Women Online Magazine

Foto: luvandcupcakes

Kini terdapat pelbagai produk kecantikan wajah yang dibuat khusus untuk mengurangkan kulit wajah berminyak. Namun, anda perlu pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia.

Bagi anda yang kurang yakin dengan lambakan produk kecantikan di pasaran yang sering menjanjikan seribu satu kebaikan buat wajah, anda boleh cuba menghilangkan kulit berminyak pada wajah anda dengan cara yang lebih selamat iaitu cara semulajadi! Berikut adalah cara mengatasi kulit wajah berminyak yang boleh anda praktik:

  1. Bersih atau cuci muka anda. Paling tidak, sekali sehari dan sebaiknya dua kali sehari. Minyak pada wajah boleh memerangkap kotoran dan partikel lainnya, seterusnya akan menyumbat liang pori-pori dan menyebabkan jerawat.
  2. Gunakan pembersih wajah dengan kandungan ‘exfoliator’ kulit. Gosok seluruh muka dengan lembut. ‘Exfoliating’ (pengelupas kulit) berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan berminyak.
  3. Gunakan air suam. Cubalah menggunakan air suam ketika anda membersihkan wajah. Air suam lebih efektif untuk mengurangkan lebihan minyak jika dibandingkan dengan air sejuk.
  4. Gunakan produk khas. Pastikan anda menggunakan produk kecantikan dan perawatan wajah yang diformulasikan khusus untuk kulit berminyak.
  5. Elakkan menggunakan produk kecantikan berbentuk cecair cair. Anda perlu lebih peka untuk menggunakannya, pilih yang diformulasikan untuk kulit berminyak. Mekap jenis cecair boleh menyumpat liang pori-pori dan mengundang kehadiran jerawat.
  6. Bijak pilih masker muka. Pastikan anda menggunakan masker lumpur atau masker tanah liat, paling kurang dua kali seminggu. Masker berguna untuk menyerap lebihan minyak dan membuat kulit wajah terasa lebih halus dan ‘fresh’.
  7. Gunakan putih telur. Ambil putihnya sahaja, kemudian kacau sehingga terbentuknya buih. Sapukan ke wajah dan biarkan kering selama 25 minit. Kemudian, bilaslah dengan air suam. Sebagai variasi, putih telur tersebut boleh ditambah dengan satu sudu teh jus lemon dan satu sudu teh madu.
  8. Guna buttermilk. Rendam bebola kapas muka dalam buttermilk dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam.
  9. Hirisan kentang. Anda juga boleh hilangkan wajah berminyak dengan hirisan kentang. Gosokkan ke wajah. Biarkan air kentang membasahi seluruh wajah dan kering. Setelah benar-benar kering, barulah dibilas dengan air suam.

<< Teringin untuk nampak lebih muda? Ketahui cara buat facial sendiri di sini.

 

 

 

Previous post

BENGKEL “MAKE ME A: TV PERSONALITY" Sukses!

Next post

Kulit Lebih Halus & Lembut Dengan Khasiat Bunga Lily

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *