Spritzer Bhd Lancarkan Kempen Komuniti – Air Mineral Sihat & Bersih
Spritzer Bhd telah melancarkan kempen komuniti untuk memberi air mineral yang bersih dan selamat kepada mereka yang memerlukan, terutamanya komuniti orang asli memandangkan kekurangan akses untuk mendapat air minuman.
Dengan inisiatif komuniti “Sumbang Satu Karton Air Mineral”, Spritzer Bhd berhasrat memberi bantuan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada penghujung April ini. Ia kemudian akan diedarkan oleh jabatan tersebut kepada komuniti orang asli yang memerlukan. Inisiatif ini diadakan dengan sokongan AEON bermula 9 hingga 26 April 2015. Ia juga sebahagian daripada janji Spritzer untuk memberi rakyat Malaysia air mineral yang segar dan bersih. Kempen ini diharap dapat mengumpulkan sumbangan air mineral untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
“Air yang bersih dan selamat adalah penting untuk semua. Ia penting untuk kesihatan masyarakat. Melalui kempen “Sumbang Satu Karton Air Mineral” kami memberikan semua warga Malaysia peluang untuk membantu mereka yang memerlukan untuk mendapat air yang bersih untuk kegunaan dan kesihatan. Terdapat beberapa komuniti terpencil yang hidup tanpa bekalan air bersih, jadi sumbangan air mineral daripada rakyat Malaysia mampu memberi kesan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Ini adalah amat penting selepas kejadian banjir Disember lepas. Kami mahu memberi kesan berterusan melalui kempen ini dan berharap masyarakat akan bersama-sama menyumbang untuk membantu mereka yang memerlukan,” kata Dr Chuah Chaw Teo, Pengarah Eksekutif Spritzer Bhd.
Selepas banjir buruk melanda negara pada penghujung 2014, Spritzer telah membantu pelbagai badan kerajaan, NGO dan persatuan dengan memberi keperluan asas air minuman. Dengan kapasiti uniknya, Spritzer Bhd ingin memastikan terdapat bekalan berterusan air minuman yang selamat untuk warga Malaysia pada masa yang memerlukan.Orang ramai digalakkan menyertai kempen ini dengan membeli sekarton air mineral dari mana-mana pasaraya AEON dan menyampaikannya kepada pusat pungutan yang terdapat di pasaraya tersebut.
“Kempen Sumbang Satu Karton Air Mineral melambangkan pelaburan untuk masa depan yang sihat bagi masyarakat yang benar-benar memerlukan dan kurang kemudahan asas seperti bekalan air minuman yang bersih,” jelas Dr Chuah. “Melalui kempen ini kita berupaya meningkatkan taraf hidup mereka dengan bekalan air minuman yang bersih, selain memperkasakan rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu positif.”
Beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang kempen “Sumbang Satu Karton Air Mineral” untuk menjelaskan kepentingan air minuman yang bersih dan selamat. Di tempat terpilih, terdapat sesi permainan interaktif, perkongsian maklumat, sesi soal jawab dan penampilan istimewa DJ radio MY FM dan Era FM iaitu Royce dan Adifashla yang akan turut serta menghulurkan bantuan. Mereka akan berkunjung ke pasaraya AEON Metro Prima, Kepong dan AEON AU2 Setiawangsa pada 18 April 2015.
<< Ketahui lebih lanjut tentang kejayaan spritzer terima anugerah penjenamaan dunia di sini.
No Comment