KewanitaanSihat

Kena Cuba! 7 Cara Mudah Meredakan Sakit Datang Bulan

Sakit Datang Bulan - Women Online magazine

Foto: i.huffpost

Sering rasa tertekan setiapkali anda ingat tentang sakitnya datang bulan? Perut sakit, nak buat apa pun, semuanya serba tak kena!

Makan ubat? Opss… tunggu dulu, jangan makan sembarangan ubat ketika anda sedang datang bulan. Biarpun ubat tersebut mungkin boleh meredakan sakit datang bulan, tetapi ada baiknya jika anda mencuba cara sederhana ini, namun mujarab untuk mengatasi kesakitan tersebut. Terdapat beberapa makanan yang dipercayai mampu mengusir rasa sakit datang bulan, antara:

  1. Daun Sirih

Daun sirih mengandung antibiotik yang berfungsi menghilangkan kuman. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu merebus air dengan daun sirih. Setelah mendidih, tutup api.Minum ketika masih suam.

  1. Kunyit Hidup

Sejak dahulu lagi kunyit dikatakan cukup berkhasiat untuk menghilangkan rasa ngilu ketika haid. Ada beberapa cara untuk menikmati kunyit ini. Pertama, beli dan nikmati sahaja jamu kunyit. Kedua, racik kunyit dan gaul dengan gula merah. Kemudian bancuh dengan air limau nipis suam.

  1. Kacang Hijau

Kacang hijau (bubur kacang hijau) bagus dimakan untuk melancarkan menstruasi. Kacang hijau berkhasiat untuk membantu meluruhkan darah sehingga dapat mengurangkan sakit datang bulan.

  1. Brokoli

Brokoli adalah sayuran yang mengandung vitamin dan zat besi. Zat besi ini yang akan membantu melancarkan menstruasi sehingga rasa sakit datang bulan itu akan hilang secara perlahan-lahan.

  1. Coklat

Coklat boleh menjadi salah satu ubat paling mujarab untuk menghilangkan sakit datang bulan. Kandungan antioksidan yang ada di dalam coklat akan membantu menenangkan otot dan juga mengurangi rasa sakit yang timbul.

  1. Telur

Telur membantu menjaga keseimbangan hormon yang keluar pada saat menjelang menstruasi. Kestabilan hormon tersebut akan mengurangkan rasa sakit datang bulan.

  1. Teh Herba

Teh herba seperti teh hijau, pepermint atau parsley akan membantu melancarkan pengeluaran darah haid.Kandungan yang ada di dalamnya juga akan membantu mengurangkan rasa sakit datang bulan yang sedang anda alami.

<< Ketahui efek makan pil perancang di sini.

 

 

Previous post

Ekstrak Lily Madonna Mampu Tingkatkan Kejelitaan Semulajadi Untuk Semua Jenis Kulit

Next post

Benarkan Antibiotik Berbahaya? Jawapannya Baca Di Sini...

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *