Koleksi Kasut Boot Terkini
Kredit Foto: meagansmoda
Kasut boot mungkin agak kurang sinonim di negara kita memandangkan cuaca yang panas dan kering mungkin menyebabkan tidak selesa apabila dipakai.Namun, dapatkan sepasang kasut boot yang berkualiti dan sesuai untuk dipakai ke majlis istimewa terutama jika anda menginginkan perhatian yang lebih.
Kasut boot memberikan keseimbangan yang baik dan pada masa yang sama menyokong tubuh badan anda. Jangan takut untuk tampil berani dengan koleksi kasut boot dan padankan dengan pakaian kegemaran anda untuk menghadiri apa jua majlis.
Jenis-jenis Kasut Boot
- Knee High Boots
Knee high boots direka mengikut muatan biasa dan berasaskan kulit. Kemasan berzip di tepi menonjolkan lagi ciri-ciri moden dan tampak elegan. Dihiasi perincian jahitan yang kemas dan kelihatan.
Baca Juga: 11 Tips Pilih Kasut Sukan
- Ankle Boots
Rekaan kulit separas buku lali ini begitu menonjol jika dipadankan dengan skinny. Warna lusuh sering menjadi pilihan bagi mereka yang selesa bergaya ranggi. Sama ada dalam high heels ataupun wedges, kedua-duanya sesuai digayakan untuk majlis-majlis tertentu.
Baca Juga: Atasi Masalah Kaki Berbau
- Mid-Calf Boots
Sama ada kulit mahupun jeans, kedua-duanya cukup popular. Gaya moden rekaan ini benar-benar menarik perhatian. Kasut boots yang tidak terlalu tinggi ini sesuai dipakai untuk mereka yang berkaki panjang. Sempurna!
Baca Juga: Punca Ulat Air Celah Kaki
Tips Penjagaan Kasut Boot
- Sekiranya kasut anda basah kerana hujan, jangan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkannya. Biarkan ia kering di dalam suhu bilik. Haba yang berlebihan boleh merosakkan kasut, menjadikannya longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
- Kasut kanvas atau berfabrik boleh dicuci menggunakan mesin basuh atau cucian tangan.
- Simpan kasut di dalam tempat yang terbuka untuk membolehkannya bernafas. Ia juga dapat mengelakkan kasut daripada berbau.
- Sumbatkan kertas atau surat khabar lama di dalam kasut untuk mengekalkan bentuknya.
- Sekiranya kasut anda kotor atau terkena lumpur, basuh dengan segera. Lumpur membuatkan kasut anda cepat reput.
<< Sesekali bergaya dengan baju sejuk memang nampak menarik. Rahsianya di sini.
No Comment