Oh! LelakiRomantika

13 Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat Si Dia

tahi lalat laki wom

Kredit Foto: clear.co.id

Bermula dari zaman dahulu lagi masyarakat mengenali seseorang dengan melihat tahi lalatnya. Menurut orang-orang lama, tahi lalat seseorang itu mempunyai ciri-ciri peribadi bagi orang berkenaan.

Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui dengan jelas. Namun begitu, ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang perlu kita percaya tetapi hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Hingga hari ini, kita tidak terlepas dari mengorek rahsia seseorang yang kita minat melalui tahi lalatnya. Bagi lelaki yang mempunyai tahi lalat di sekitar wajahnya, pasti manis! Jadi, anda ingin tahu rahsia disebalik tahi lalat teman lelaki anda? Jom baca…

 

Inilah Rahsia Tahi Lalat…

 

1. Bibir atas kanan

Lelaki yang mempunyai tahi lalat di bibir atas kanan dikatakan murah rezeki. Wah, bukan itu sahaja, mereka juga paling pandai dikalangan teman-temannya!

 

2. Bibir atas kiri

Si dia ini pasti mempunyai sikap yang menyenangkan kerana mereka mempunyai ramai kawan. Kebaikan si dia juga menyebabkan ramai yang menyenangi keperibadiannya.

 

Baca Juga:  Rahsia Sahabat Sejati

 

3. Bibir bawah kanan

Lelaki ini disegani orang mungkin disebabkan beberapa faktor samaada kejayaan beliau atau apa sahaja.

 

4. Bibir bawah kiri

Teman lelaki ini seorang yang pandai berbicara, sama ada untuk kebaikan atau keburukan, kita tidak tahu! Si dia juga seorang yang tidak mudah menyerah kalah dalam apa yang dihajatinya.

 

5. Leher kanan

Seorang yang cerdas dan jujur. Si dia ini berani menanggung setiap tindakan yang dilakukannya walaupun akhirnya akan memberi kesan yang menderita,

 

6. Leher kiri

Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan.

 

7. Leher di tengah

Seorang lelaki yang mudah mencapai kejayaan dan cita-cita.

 

Baca Juga: Sakit Tengkuk

 

8. Biji mata kanan

Mempunyai pandangan yang serong terhadap sesorang dan pembohong. Hati-hati ya!

 

9. Biji mata kiri

Pembohong tetapi baik hati. Biarpun dia baik hati, anda tetap perlu berhati-hati ya.

 

10. Telapak kaki kanan

Tidak mudah mengeluh walaupun dilanda pelbagai masalah yang membebankan.

 

Baca Juga: Manfaat Jalan Kaki

 

11. Telapak kaki kiri

Baik budi pekerti dan disenangi keperibadiannya.

 

12. Siku tangan kanan

Sesorang yang kuat berusaha untuk memiliki kejayaan.

 

13. Siku tangan kiri

Lelaki yang baik hati dan suka menolong orang walaupun dalam situasi yang menyesakkan. Untungnya memiliki dia.

 

Kesimpulan

Ketahui rahsia ini sebagai ilmu pengetahuan. Janganlah terlalu percaya kepada rahsia ini kerana tidak semua keperibadian seorang lelaki itu diukur melalui rahsia tarikh lahir.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara memikat lelaki idaman

Previous post

Wajib Tahu! 13 Kebaikan Lemon

Next post

6 Petua Merawat Demam Selsema

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *