Daun Pegaga Merawat Tisu Yang Rosak & Boleh Menghilangkan Parut
Foto: khasiatherba
Daun pegaga berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudiannya, ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia.
Daun Pegaga didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air. Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun.
Di Malaysia, daun pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia dimakan secara segar sebagai ulam, kaum Cina menggunakannya sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.
Jenis-jenis Daun Pegaga
- Pegaga Cina atau Pegaga Nyonya yang berdaun kecil.
- Pokok Pegaga Daun Lebar.
- Pokok Pegaga Kelantan.
- Pokok Pegaga Renek.
- Pokok Pegaga Salad.
- Pokok Pegaga Gajah.
- Pokok Pegaga Brunei.
Khasiat Daun Pegaga
- Daun pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit dan penyakit kusta.
- Sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada daun pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
- Dipercayai berupaya melambatkan penuaan kulit dan merawat kecantikan wanita agar tampil awet muda.
- Dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
- Meningkatkan kecergasan minda dan menambahkan kekuatan fizikal.
- Membantu mengatasi masalah wanita seperti gatal pada vagina, kecutkan peranakan dan rawatan selepas bersalin.
- Daun pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik.
- Mengatasi masalah kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
- Ia juga mempunyai keupayaan mrmbantu menyembuhkan demam panas.
- Mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan saluran darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.
<< Ketahui khasiat kandungan royal jelly buat kesihatan dan kulit wajah anda di sini.
No Comment