Badan Kurus Tapi Perut Buncit! Cuba Atasinya Dengan 5 Cara Mudah Ini
Foto: charlesglassmanmd
Apakah anda mempunyai perut buncit dan ingin memliki perut rata? Perut buncit adalah masalah utama bagi sesetengah wanita. Bahkan, ada wanita yang tidak berani untuk tampil dengan pakaian yang menampakkan bentuk badannya kerana perutnya tidak sesuai dengan ukuran.
Perut buncit boleh dialami oleh sesiapa sahaja, baik kaum wanita mahupun lelaki. Selain itu, ia ia juga boleh terjadi pada orang dewasa dan kanank-kanak. Kebanyakan orang cuba mengecilkan atau meratakan perut dengan cara yang instan untuk mendapatkan hasil yang lebih pantas. Namun, cara tersebut hanya akan membuatkan badan menjadi tidak sihat kerana menggunakan bahan-bahan kimia berbahaya dan banyak mengandungi zat pengawet.
Untuk menghindari efek buruk tersebut, anda boleh mencuba cara mengecilkan perut dengan cara semulajadi yang tentunya tidak akan membahayakan kesihatan anda. Bahkan, anda juga boleh memiliki perut rata dalam waktu yang singkat. Berikut beberapa tips yang diperoleh daripada sumber Indiatimes.com dan cara mendapatkan perut rata ini juga tidak menggunakan sebarang ubat diet.
Langkah Pertama:
Jika anda ingin membentuk otot dan membakar lemak pada waktu yang serentak, anda perlu melakukan senaman rutin seminggu 3 kali. Tidak perlu melakukan senaman berat, memadai senaman ringan seperti push-up, sit up, serta pull up, semuanya dilakukan satu set per hari. Tambahkan satu minit senaman melompat tali,anda dapat membakar sekitar 500-600 kalori setiap latihannya.
Langkah Kedua:
Anda harus melatih otot-otot perut anda tiga kali dalam seminggu. Carilah di internet senaman-senaman ringan yang melatih otot perut.Lakukan selama 30-60 saat per hari, dan lakukan selama sehari tiga kali.
Langkah Ketiga:
Anda perlu juga memberikan perhatian pada makanan yang anda ambil.Buah-buahan yang mengandungi banyak serat boleh membantu anda untuk tabah menahan lapar. Atau pilihlah pasta ataupun daging yang rendah kalori, perhatikan juga pengambilan gula. Jangan ambil terlalu berlebihan.
Langkah Keempat:
Untuk menghindari penyerapan air yang berlebihan, kurangilah pengambilan natrium. Natrium banyak terdapat pada makanan masin yang banyak mengandungi garam. Gantilah dengan rempah-ratus untuk menggantikan rasa masinnya.
Langkah Kelima:
Hindari stress dan depresi berlebihan! Beberapa hormon penyebab rasa lapar akan meningkat ketika anda stress. Usahakan agar tetap tenang dalam menghadapi setiap masalah yang mendatang.
<< Ketahui khasiat air kunyit yang boleh mengatasi masalah perut buncit di sini.
No Comment