CantikDiet

3 Panduan Diet ‘Confirm’ Kurus

Panduan Diet - Woman Online Magazine

Kredit Foto: allabouthealth

Panduan Diet.Apa sebenarnya yang harus anda lakukan ketika anda ingin memiliki tubuh yang langsing atau menurunkan berat badan? Salah satu yang akan disarankan sudah tentulah panduan diet yang sihat.

Sungguhpun begitu, sebelum anda mula mengikuti atau mempraktik panduan diet ini, berhentilah membandingkan tubuh anda dengan tubuh orang lain. Ketika anda mengenali cara kerja tubuh sendiri, maka akan menjadi lebih mudah untuk anda memahami apa perlu anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

Panduan diet yang sihat dan berkualiti diperlukan dan sangat penting bagi anda mendapatkan manfaatnya dalam jangka waktu yang panjang.Ramai yang gagal melaksanakan diet sehingga mereka berputus asa dan niat untuk menurunkan berat badan tersebut terus terputus di tengah jalan.

 

Baca Juga: Diet Seimbang

 

Disebabkan diet yang ingin dilakukan gagal, jika tidak dikawal potensi untuk jadi semakin gemuk cukup tinggi. Jadi, untuk menghindari keadaan ini terjadi anda perlu memahami panduan diet yang sebetulnya serta melengkap diri dengan pengetahuan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Menerusi panduan diet dan pengetahuan tersebut anda akan jadi lebih memahami bagaimana mahu mengatur pola pemakanan dan kalori buat tubuh anda.

 

Berikut tiga panduan diet yang perlu anda ketahui sebelum mengikuti mana-mana program diet:

  1. Pastikan terlebih dahulu jumlah berat berat badan yang ingin diturunkan

Dengan mengetahui seberapa banyak berat badan yang akan diturunkan merupakan langkah paling awal yang harus anda lakukan dalam perancangan diet. Bagi anda yang mengalami obesity, anda perlu menurunkan berat badan sehingga ke berat badan ideal. Manakala bagi anda yang sudah berada di tahap berat badan ideal anda hanya perlu mengawalnya sahaja.

 

2. Memahami Pola Pemikiran

Setiap orang mempunyai pola pemikiran yang berbeza-beza terhdap makanan.Tentu ada di antara anda yang tidak mampu menahan godaan makanan dan menolak makanan. Dengan memahami pola pemikiran terhadap makanan tersebut anda akan belajar untuk mengawal sikap diri terhadap makanan.

 

3. Buat Komitmen Untuk Diet

Panduan diet yang terakhir sebelum anda mengikuti program diet ialah komitmen. Ia sangat diperlukan sebelum memulakan diet. Dengan semangat dan tekad yang kuat untuk menurunkan berat badan, maka diet yang bakal anda jalani akan terasa lebih mudah. Ketika mahu memulakan diet, cuba tanam komitmen tersebut di kepala supaya diet tersebut berhasil sepertimana yang anda harapkan.Untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal anda perlu mengawal, khususnya dalam menikmati pelbagai jenis makanan dengan kandungan lemak serta zat-zat lain yang boleh membuatkan anda menjadi semakin ‘bulat’.

Ketika memilih makanan, pilih jenis yang lebih baik:

  • Beras merah dan basmati merupakan pilihan terbaik berbanding nasi putih.
  • Pilih susu atau produknya yang rendah lemak.
  • Hindari santan, sebagai gantinya guna susu soya atau susu cair.
  • Buang kulit ayam ataupun lemak yang terdapat pada daging.
  • Makan makanan yang direbus, dikukus atau dipanggang, lebih baik dibandingkan dengan digoreng atau digulai menggunakan santan.

Baca Juga: Kebaikan Soya

 

Tips Lain:

Berhenti Makan Sebelum Kenyang!

=> Usahakan untuk makan dengan kerap, tetapi sedikit. Setiap dua atau tiga jam, usahakan untuk makan agar tidak ada sesi balas dendam jika anda terlepas waktu makan.

=> Minum air putih 10 minit sebelum makan. Air juga boleh memenuhi perut sehingga anda rasa kenyang dengan lebih cepat tanpa makan lebih banyak.

=> Kunyah perlahan-lahan makanan dan gunakan garfu supaya anda makan dengan perlahan-lahan sehingga memberikan waktu supaya otak boleh memberikan signal kenyang dari perut.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui jenis makanan yang kaya dengan zat besi di sini.

 

Previous post

10 Kelebihan Bedak Sejuk Untuk Putih Dan Licinkan Muka

Next post

Ketahui 5 Tip Temuduga Paling Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *