CantikSolekan

Jika Hidung Anda Pesek, Jom Cuba Cara Mancungkan Hidung

Cara Mancungkan Hidung - Woman Online Magazine

Kredit :

yimg

 

Jangan susah hati atau berasa rendah diri sekiranya anda memiliki hidung kecil dan pesek. Anda juga tidak perlu terburu-buru melakukan pembedahan untuk memancungkan hidung.Tak perlu ya!Anda sebenarnya boleh mancungkan hidung dengan cara semulajadi yang jauh lebih murah dan bebas daripada kesan sampingan. Nak tahu macam mana cara mancungkan hidung? Bacalah artikel ini sampai habis…

Berikut Cara Mancungkan Hidung Pesek:

  • Cubit Hidung

Cara yang cukup mudah ini boleh anda lakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Memadai dengan mencubit hujung hidung, lalu menariknya ke atas. Tahan selama lima minit. Cara ini dapat merangsang menaikkan tulang hidung.Lakukan sekali sahaja pada setiap hari.Sebulan selepas itu, anda akan dapat melihat hasilnya. Tapi pastikan anda cuba cara mancungkan hidung dengan teknik cubit hidung ini secara teratur.

Anda boleh mencuba cara mancungkan hidung anda dengan menggunakan minyak essential sebagai bahan atau minyak untuk mengurut. Anda boleh melakukan urutan ringan yang tertumpu pada kawasan sekitar mata atau tepat di titik otot hidung berada. Urut dengan perlahan-lahan supaya minyak tersebut tidak masuk ke dalam mata. Mulakan mengurut dengan menggunakan jari tengah tepat di hujung mata anda, biarkan jari manis anda berada diposisi di bawah mata. Urut dengan perlahan sebanyak 10 kali dalam kadar satu hari.

  • Gunakan ‘Nose Up’

Ternyata menggunakan ‘nose up’ pun boleh mancungkan hidung anda. Tak percaya? Kenalah cuba ya!Pilih ‘nose up’ yang sesuai dengan ukuran hidung anda sehingga ketika proses memancungkan hidung dilakukan, anda berasa puas dan hidung benar-benar tertarik sempurna.

Tips Ekstra!

Teknik ‘shading make-up’ pada hidung juga boleh membuatkan hidung anda kelihatan mancung seketika.

  • Samarkan bahagian hidung yang kurang sempurna dengan melakukan trik shading di bahagian hidung.
  • Bubuh eyeshadow warna coklat atau bedak dengan warna satu sampai dua tingkat lebih gelap daripada warna kulit.
  • Bubuhkan pada cuping hidung, mulakan dari sudut mata bahagian dalam hingga ke batas cuping hidung. Hidung akan kelihatan lebih tirus dan panjang.
  • Untuk menyempurnakannya, Berikan efek ‘highlight’ di sepanjang garis tulang hidung.
  • Sapukan ‘eye shadow’ berwarna lebih muda. Sapukan dari pangkal hingga ke hujung hidung. Trik ini membuat hidung kelihatan lebih ramping dan runcing.
  • Kemudian sapukan bedak untuk menutupi bahagian gelap di sekitar hidung. Pastikan make-up anda juga kelihatan kemas.

<< Ketahui punca sebenar hidung tersumbat di sini.

Previous post

Resepi Sambal Telur Puyuh

Next post

7 Khasiat Hebat Sayur Bunga Kobis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *