Tips Bergaya Buat Anda Yang Bertubuh Gemuk
Kredit : yummymummyclub
Kebanyakan wanita yang mempunyai kelebihan berat atau berbadan gemuk sering bingung ketika memilih pakaian yang sesuai buat dirinya. Berbadan gemuk membuatkan mereka kurang yakin dengan diri sendiri, sedangkan mereka sebenarnya boleh nampak cantik dan menarik.
Jika anda berbadan gemuk, anda kenalah bijak memadupadankan pakaian agar mampu menyamarkan kelebihan berat badan anda. Anda perlu yakin dengan ukuran ‘big size' , anda tetap mampu untuk tampil menarik dengan gaya penampilan yang trendi dan kreatif.Berikut beberapa tips yang boleh dipraktik buat anda yang berbadan gemuk bagi meningkatkan keyakinan diri dalam berpenampilan. Tapi ingat ya, tidak ada yang akan membuat seseorang itu nampak menarik kecuali keyakinan diri itu yang keluar dari dalam diri. Apapun bentuk tubuh yang anda miliki, yakinlah kelebihannya!
Pilihlah baju yang sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak terlalu ketat dan juga terlalu besar. Pakaian ketat, selain tidak sesuai dengan tuntutan agama Islam, ia juga akan lebih menonjolkan kelebihan berat badan anda. Memilih baju yang longgar boleh menyembunyikan badan gemuk anda itu. Namun, anda juga tidak sesuai jika memilih pakaian yang terlalu longgar kerana ia akan memperlihatkan saiz badan anda yang semakin besar. Jadi, pilih pakaian yang ‘sedang-sedang’ dan agak longgar agar busana Muslim yang dikenakan benar-benar menutupi aurat anda.
Ramai yang mengatakan warna hitam adalah ‘sahabat karib’ buat mereka yang berbadan gemuk. Tidak dinafikan,warna hitam atau warna gelap boleh menyamarkan kelebihan berat badan. Namun, kalau semuanya hitam atau ‘asyik-asyik’ hitam, lama-kelamaan anda pasti bosan. Jadi, cubalah alternatif lain seperti warna kelabu gelap,biru tua atau coklat tua. Warna gelap untuk menyembunyikan, manakala warna terang akan membuatkan anda nampak lebih menonjol. Menggunakan akaian berwarna senada akan meninggalkan kesan yang lebih baik sehingga bentuk tubuh anda akan kelihatan ‘mengancam'.
Anda yang berbadan gemuk disarankan, jika ingin memakai pakaian yang bermotif, pilihlah motif garis vertikal sehingga akan memberikan efek memanjang pada tubuh anda. Pilihlah garis-garis yang halus dengan jarak garis agak rapat. Selain itu, supaya anda tidak kelihatan lebih lebar, hindari motif garis yang horizontal pada pakaian anda.Untuk anda yang menyukai motif bunga, pilihlah bunga yang ukuran kecil sehingga menyeimbangkan dengan postur tubuh. Agar badan anda tidak kelihatan begitu gemuk, sebaiknya pilih baju yang memiliki corak-corak yang kecil. Jika anda memakai baju bercorak besar, ia hanya akan memberikan kesan lebih gemuk pada tubuh anda.
Anda yang berbadan gemuk, jika ingin memakai skirt, pilihlah yang berpotongan lurus. Potongan yang melebar ke bawah akan membuat tubuh semakin kelihatan besar. Begitu juga apabila anda ingin memakai seluar. Sebaiknya pilih seluar berpotongan lurus dan hindari seluar yang menyempit di bahagian kaki dan berpotongan ‘pencil’ kerana ia akan memberikan kesan lebih besar pada kaki anda.
Pakailah pakaian yang sesuai dengan umur dan keperibadian diri anda supaya tidak nampak pelik atau serba tak kena. Memilih pakaian yang sesuai dengan usia dan keperibadian diri akan membuatkan anda nampak menarik walaupun dengan badan gemuk. Untuk nampak lebih trendy, anda yang berbadan gemuk juga boleh memakai dress yang digandingkan dengan kardigan atau blazer yang agak panjang agar dapat menutupi punggung anda yang besar dan lebar itu.
- Aksesori
Bergayalah dengan aksesori seperti ikat pinggang, kerongsang, rantai ataupun pin tudung. Selain akan membuatkan anda nampak manis, ia juga akan mengalihkan perhatian orang daripada memandang tubuh anda yang gemuk itu.
Ternyata beg tangan juga mampu memberi kesan secara keseluruhan penampilan anda. Pilihlah beg tangan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Jangan memilih yang terlalu besar, ataupun pun kecil kerana beg tangan cenderung diukur dengan saiz tubuh. Pilih ukuran yang dapat menyeimbangkan postur tubuh anda.
<< Ketahui rahsia untuk tampil lebih anggun dengan tudung Turki di sini.
No Comment