Wah, Sedapnya Nasi Goreng Nanas!
Kredit Foto: desiam
Nasi Goreng Nanas. Bingung nak masak apa hari ini? Ternyata nasi goreng boleh menjadi pilihan yang tepat. Nasi Goreng Nanas, bukan setakat sedap tetapi juga unik!
Potongan buah nanas yang segar membuatkan rasanya nasi goreng ini lebih lazat sekaligus memancing selera.Jom,cuba resepi Nasi Goreng Nanas ini di rumah. Cara membuatnya juga sangat mudah. Selamat Mencuba!
Resepi Nasi Goreng Nanas
Bahan-Bahan
2 sudu besar mentega.
2 sudu besar sos tomato.
Sebiji bawang bombay, dicincang.
2 ulas bawang putih, dicincang.
Sedikit daging/ayam dihiris nipis-nipis
10 ekor udang (dikupas kulit)
4 mangkuk kecil nasi putih.
½ sudu teh air kunyit
1 sudu teh serbuk garam.
½ sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit nanas madu, potong kecil-kecil
Sedikit kismis (sebaiknya direndam seketika di dalam air panas)
Sedikit bawang goreng.
Dapatkan Juga: Resepi Nasi Hujan Panas
Cara Membuatnya:
- Panaskan mentega, tumis bawang bombay dan bawang putih sehingga naik baunya.
- Kemudian masukkan daging, kacau sampai masak.
- Setelah itu, tambahkan nasi, masukkan air kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata.
- Tambahkan sos tomato, udang, nanas dan kismis, gaul rata sehingga semua bahan masak. Angkat.
- Untuk rasa yang lebih nikmat hidangkan Nasi Goreng Nanas ini panas-panas dengan taburan bawang goreng.
Jangan lupa SHARE resepi ini ya.
<< Dapatkan resepi kek cawan red velvet di sini.
No Comment