5 Trik & Tips Untuk Anda Yang BerBetis Besar
:
Kredit Foto : nisrina
Betis Besar. Daripada segi penampilan,betis lelaki bersaiz besar dengan otot yang menonjol.Manakala betis wanita pula,lebih kecil dan melengkung.
Kaum lelaki biasanya menganggap betis sebagai salah satu bahagian tubuh wanita yang paling menarik.Ini membuatkan wanita yang memiliki betis besar dan paha yang besar berasa kurang selesa dan yakin dengan penampilan diri mereka.
Biarpun anda mempunyai betis besar, janganlah menganggapnya menjadi punca untuk anda tidak boleh tampil lebih bergaya.Anda hanya perlu lebih fokus pada bahagian tubuh yang kurang menarik itu.
Berikut beberapa trik dan tips fesyen untuk anda yang memiliki betis besar:
Hindari penggunaan kasut dengan motif yang terlalu meriah. Ini akan membuatkan lebih banyak mata memberikan tumpuan pada bahagian kaki anda.Jika anda ingin mengalihkan pandangan mata orang tertuju pada betis anda yang besar itu, pakailah kasut dengan motif sederhana.
Pilih juga kasut berpotongan besar yang akan memberikan ilusi betis anda kelihatan lebih kecil. Wedges adalah pilihan paling tepat untuk mempercatikkan langkah anda.
Baca Juga: Tips Pilih Kasut Sukan
Warna yang dipilih juga sebaiknya sesuai dengan warna kulit sehingga ilusi kaki jinjang dapat dihasilkan.Jika ingin variasi warna kerana bosan dengan warna-warna polos, kasut dengan aksesori kecil logam berkilat boleh menjadi daya tarikan tersendiri untuk penampilan anda.
Biasanya anda yang mempunyai betis besar suka menggunakan seluar atau dress full size, untuk menutupi betisnya yang besar.Memang tak ada salahnya, namun adakalanya untuk menyembunyikan sesuatu, anda harus membiarkannya terbuka.
Triknya adalah memindahkan pusat daya tarikan daripada bahagian tubuh yang ingin ditutupi.Jika anda ingin memakai dress, perhatikan potongan bawahnya, memilih yang bawah lutut.
Untuk menyamarkan betis besar anda, pilih motif atau aksesoris yang mendominasi tubuh bahagian atas. Namun, hati-hati, jangan memenuhi bahagian atas tubuh dengan aksesori yang terlalu banyak kerana ia akan membuatkan penampilan anda nampak pelik
4. Memilih Stoking
Penggunaan stoking berwarna gelap, menjadi tips bergaya untuk anda yang berbetis besar.Jika dipadukan dengan dress yang tepat, maka betis besar anda tidak hanya tersembunyi, tetapi juga mampu membuatkan penampilan anda kelihatan lebih menarik.
Tips Ekstra!
Berikut beberapa cara untuk memecahkan lemak di betis:
- Joging
Joging adalah pilihan lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah betis besar.
Baca Juga: Senaman Pagi
Berdiri tegak dengan posisi kedua kaki terbuka lebar. Setelah itu, tangan diletakkan di pinggang dan lutut dibengkokkan. Tahan selama beberapa saat, lakukan secara berulangkali pada setiap hari.
- Squat Di Lantai
Squat di lantai bolehdilakukan dengan cara mengiringkan tubuh di lantai sambil salah satu kaki di angkat ke atas. Lakukan bergantian selama beberapa saat. Bukan setakat lemak di betis yang boleh mengecil, otot paha juga akan jadi semakin terbentuk dengan squat di lantai.
Selain menyihatkan, jalan kaki juga boleh mengecilkan lemak di betis. Pilih waktu pagi untuk jalan kaki kerana udara pagi cukup menyegarkan dan membuatkan aktiviti tersebut menjadi semakin menyenangkan.
- Lunges
Mulakan dengan posisi berdiri dan kedua kaki terbuka lebar, salah satu kaki maju ke depan dan lutut dibengkokkan sampai ke lutut kaki belakang menyentuh lantai. Ulangi sebanyak 15-18 kali setiapkali melakukan gerakan tersebut.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui senaman ringkas untuk besarkan punggung di sini.
No Comment