Jika Muka Anda Bulat,Baca Tips Ini…
Kredit : kerudungcantik
Fesyen tudung berlambak-lambak muncul di pasaran. Pelbagai rekaan menarik cuba ditonjolkan demi untuk memenuhi kehendak anda sebagai pengguna.Namun, bukan semua rekaan atau bentuk gaya tudung yang anda sukai sesuai dengan karakter diri anda. Bahkan kurang sesuai juga dengan bentuk muka bulat anda!
Memang ramai wanita mengeluh apabila memakai tudung yang tidak sesuai dengan wajahnya yang bulat dan pipi yang terlalu tembam.Sebenarnya sebelum menentukan gaya tudung atau hijab anda, ada beberapa tips penting yang perlu anda perhatikan agar ianya sesuai dengan muka bulat anda.
- Anda perlu mengenali bentuk muka atau wajah anda, sama ada bulat, persegi, oval dan sebagainya.
- Pastikan juga inner atau anak tudung yang dipilih itu juga tepat dan selesa dipakai. Bagi anda yang memiliki bentuk wajah bulat, anda tidak disarankan untuk memakai inner yang menutupi dahi kerana ia akan membuat muka bulat kelihatan pendek dan semakin membulat.
- Untuk rekaan tudung, anda perlu lebih cermat dalam menentukan pilihan. Sebaiknya pilih tudung yang boleh menutupi sedikit dagu dan majukan ke arah pipi agar muka anda kelihatan lebih lonjong.Ia akan menjadikan pipi anda yang tembam itu akan nampak runcing.
- Salah satu jenis rekaan tudung yang paling sesuai untuk muka bulat adalah Tudung Turki atau Turkish Hijab. Tudung jenis ini sangat menarik kerana mempunyai rekaan yang unik sehingga membuatkan tudung ini sesuai digayakan oleh mana-mana wanita daripada pelbagai usia.
Tudung Turki, berbentuk segi empat berwarna cerah,diperbuat daripada material polyester atau sutera yang halus sesuai digayakan oleh wanita bermuka bulat dan berpipi tembam. Lipatkan ia menjadi segitiga, pakaikan di kepala kemudian dipinkan di bawah dagu. Setelah itu, bahagian hujung tudung tersebut boleh digayakan mengikut citarasa anda sendiri. Boleh dililit atau diikat pada leher. Biarpun nampak sederhana, namun tetap kelihatan elegan sehingga muka bulat anda itu dapat disamarkan.
<< Ketahui lebih lanjut tentang tudung instant di sini.
No Comment