CantikRambut

6 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rambut Bercabang

rambut bercabang - woman online magazine

Kredit Foto: mahkotamu

Rambut Bercabang. Masalah rambut bercabang sering dialami oleh ramai wanita,terutama mereka yang berambut panjang.

Selain disebabkan rambut anda yang panjang, terdapat banyak faktor lain yang menjadi penyebab rambut bercabang.

Rambut bercabang boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

1. Kekurangan nutrisi menjadi penyebab umum yang membuatkan rambut menjadi rosak.

Nutrisi yang diperlukan oleh rambut adalah dari kacang-kacangan, sayur-sayuran, buah-buahan, telur atau susu.

 

2. Masalah cuaca.

Sebaiknya hindari rambut dari sinaran matahari secara langsung yang terik kerana ia memberikan pengaruh yang besar terhadap kerosakan rambut (rambut bercabang).

 

3. Penggunaan bahan-bahan kimia.

Kerap mewarnakan rambut boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan bercabang.

 

Baca Juga: Manfaat Masker Rambut

 

4. Penggunaan alat pengering rambut berlebihan.

Rambut bercabang terjadi kerana keadaan rambut yang terlalu kering sehingga hujung-hujung rambut menjadi mudah bercabang. Penggunaan alat pengering rambut seperti hair dryer boleh membuatkan rambut kehilangan kelembabannya sehingga batang-batang rambut menjadi kering dan bercabang.

 

5. Usia rambut.

Rambut juga memiliki usia. Semakin panjang rambut maka semakin tua pula umurnya.Semakin panjang rambut anda jika tidak dirawat dengan baik, besar kemungkinan rambut tersebut memiliki bentuk yang tidak teratur dan bercabang.

 

Tips Ekstra!

Berikut beberapa cara untuk melembabkan hujung rambut agar tidak menjadi kering sehingga menyebabkan rambut bercabang

  1. Sapukan mayonis ke hujung rambut kering. Mayonis boleh dijadikan sebagai perapi semulajadi.Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan syampu.
  2. Hindari mencuci rambut pada setiap hari kerana ia akan menghilangkan minyak semulajadi yang juga dikenali sebagai sebum. Ia bertindak sebagai pelembab semulajadi yang mencegah rambut daripada kekeringan yang berlebihan.
  3. Untuk rambut kering atau rosak, cuci rambut dengan syampu ringan. Hindari syampu dengan formula kuat kerana ia akan membuatkan rambut anda menjadi semakin kering dan kasar.
  4. Gunakan setelah mencuci rambut. Fokuskan pada hujung rambut yang kering.Jika anda mempunyai kulit kepala berminyak, gunakan perapi pada hujung rambut sahaja.
  5. Sapukan minyak zaitun pada hujung rambut untuk melembabkan rambut.Minyak zaitun juga berfungsi menjaga kelembaban semulajadi sehingga tidak mudah hilang dari rambut.
  6. Makan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3, vitamin C, dan vitamin A kerana ia mampu meningkatkan pengeluaran minyak semulajadi rambut.Sertakan makanan seperti lobak merah, brokoli, salmon dan bayam dalam diet sihat anda.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui vitamin untuk suburkan rambut supaya lebih lebat dan sihat di sini.

Previous post

7 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga

Next post

Resepi Daging Black Pepper Pedas-Pedas Manis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *