Ada Apa?Buletin

Hello Kitty Go Around!! Di Malaysia

Hello Kitty and the paparazzi - woman online magazine

Disember ini, dunia Hello Kitty akan dibawakan khas dari Hong Kong ke Malaysia! Sebuah acara eksklusif Hello Kitty bertemakan karnival dengan pelbagai aktiviti interaktif dan juga peluang untuk bertemu dengan Hello Kitty!

Bahkan pada bulan Disember nanti, Kuala Lumpur bakal mengalami gelombang keceriaan yang tiada bandingan dengan kunjungan daripada karakter klasik popular, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio dalam acara Hello Kitty terbesar dan terhebat di negara ini – “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”. Bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo, acara Hello Kitty yang unik ini menjanjikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga. Acara ini bersesuaian dengan semua peringkat umur, tidak kiralah jika anda peminat Hello Kitty atau tidak.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1974, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio telah memberi keceriaan kepada setiap peminatnya di seluruh dunia. Bagi meneruskan tradisi yang telah lama wujud ini, “HELLO KITTY GO AROUND!! DI MALAYSIA” diadakan sebagai platform untuk peminat berkumpul, meraikan dan mencipta kenangan manis bersama Hello Kitty.

Bertemakan karnival vintaj ala Amerika, acara ini akan dibahagikan kepada zon berbeza yang direka khas agar pengunjung dapat mengimbau semula memori indah kehidupan awal Hello Kitty pada masa lalu. Suasana di sepanjang pesta tersebut bakal mencetuskan nostalgia kepada pengunjung dan sambil memberi peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif yang akan mengingatkan mereka kepada kenangan manis dan tradisi di masa lalu.

Mencipta kenangan yang berkekalan dan istimewa dengan orang yang tersayang “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”, setiap pengunjung boleh berinteraksi dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan Hello Kitty, antaranya:

  • Karya seni unik Hello Kitty
  • Pondok permainan klasik dan interaktif
  • Bengkel-bengkel kreatif
  • Ruang makanan dan minuman Hello Kitty
  • Persembahan istimewa
  • Barangan dan cenderahati eksklusif Hello Kitty; dan juga
  • Peluang untuk bergambar dengan pameran dan patung Hello Kitty

Bagi memenuhi permintaan peminat setia di seluruh Malaysia, “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” juga akan menampilkan sesi bertemu peminat eksklusif bersama Hello Kitty dan rakan-rakan, seperti My Melody. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan-persembahan istimewa dan berpeluang untuk membawa pulang pelbagai cenderahati. Eksklusif hanya di “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”, peminat juga akan dapat menyaksikan “Kitty Garage” yang pertama dimana automobil Hello Kitty yang unik akan dipamerkan.

“HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk semua. Dari pondok tiket yang bertema di pintu masuk sehinggalah kepada permainan-permainan karnival dan bengkel yang berinspirasikan Hello Kitty – kami percaya acara ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah di hujung tahun. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan, hari ini kami teruja untuk mengumumkan yang Hello Kitty akan membuat penampilan istimewa pada tarikh-tarikh terpilih sepanjang karnival ini. Ini adalah diatas permintaan ribuan peminat setia Hello Kitty di Malaysia,” ujar Jane Chan, Ketua Pegawai Eksekutif daripada Hey Day Sdn Bhd, pemegang lesen rasmi dan penganjur utama “HELLO KITTY GO AROUND IN MALAYSIA”.

Untuk melancarkan kempen pemasaran dan promosi “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” Hello Kitty telah melepaskan dua puluh (20) buah kereta khas yang dihiasi logo Hello Kitty di Lembah Kelang. Tambah Jane, initiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen periklanan dan promosi untuk karnival tersebut yang akan bermula dari sekarang sehingga 19 Januari 2016!

“HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” dibawakan khas kepada anda oleh Hey Day Sdn Bhd dan bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 sehingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo.Penaja-penaja termasuklah Sticky Malaysia dan Sun Choice.

<< Ketahui tips perniagaan online yang sihat di sini.

Previous post

Kuih Buah Rotan

Next post

Sayur Asparagus Bukan Sahaja Enak, Malahan Banyak Manfaatnya Buat Kesihatan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *