ModeStail

Tips Cantik Dengan Spek Mata Di Hari Raya

spek mata - woman online magazine

Kredit : themuslimgirl

Spek Mata. Siapa cakap pakai spek mata anda tak boleh nampak cantik di Hari Raya? Sebenarnya boleh, asalkan anda tahu caranya!

Cubalah tips berikut agar anda boleh nampak cantik biarpun memakai spek mata di pagi raya ini.

  1. Pastikan Bingkai Spek Mata Sesuai Dengan Bentuk Wajah Anda

Pilihlah bentuk spek mata yang berlawanan dengan bentuk wajah anda. Misalnya jika anda memiliki wajah bulat, pilih bingkai spek mata berbentuk kotak atau oval. Ia mampu menyamarkan efek wajah anda agar tidak jadi semakin membulat.

 

  1. Perhatikan Material Bingkai Spek Mata

Material atau bahan buatan bingkai spek mata juga turut mempengaruhi keserasian penampilan wajah anda. Jika wajah anda kecil atau sebaliknya, pilihlah bingkai spek daripada material ringan sehingga ia langsung tidak meninggalkan kesan memenuhi wajah. Jika wajah anda lebar dan persegi, hindari spek mata dengan material bingkai tipis dan ringan kerana ia akan menenggelamkan wajah anda.Sebaliknya, pilih bingkai dengan material yang sedikit tebal dan padat.

 

Baca Juga: Mata Sihat

 

  1. Sesuaikan Warna Bingkai Spek Dengan Kulit Wajah

Jangan memilih warna bingkai yang kontras dengan warna kulit wajah anda. Misalnya jika kulit wajah andacenderung pucat, jangan memakai spek mata dengan bingkai gelap. Sebaliknya, pilih yang hampir senada dengan warna kulit. Seperti bingkai spek berwarna kelabu atau transparent.

Untuk kulit putih dan kuning langsat, pilihlah bingkai spek berwarna terang, seperti merah, biru ataupun berwarna keemasan. Untuk kulit sawo matang dan gelap pula pilih bingkai spek dalam warna-warna natural seperti coklat. Bingkai spek mata yang hampir sesuai dengan semua warna kulit adalah warna hitam, motif kulit penyu, atau merah anggur.

 

  1. Pastikan Solekan Wajah Anda Sesuai & Menepati

Solekan yang berlebihan akan nampak ‘semak’ dengan bingkai spek mata. Jadi, apapun bentuk ‘frame’ spek mata anda, memandai anda mengaplikasikan eyeliner tipis-tipis pada bahagian atas bulu mata,dan pilih shading dengan warna neutral.

Ketika mengayakan spek mata, sudah pasti pandangan orang akan tertuju terus ke spek mata anda. Agar keindahan mata tidak tertutup dengan bingkainya, gunakan solekan yang mampu membuatkan mata anda kelihatan lebih cantik

 

Untuk solekan mata: Gunakan warna-warna natural untuk mendapatkan kesan segar. Jika anda memilih bingkai spek berwarna keemasan, elakkan menggunakan solekan mata yang mengandungi efek berkilat (glitter). Jangan lupa pakai eyeliner dan maskara agar mata nampak lebih terbuka. Pastikan agar maskara telah kering sebelum anda memakai spek mata ya!

 

Pipi: Pemakaian blush on akan membuatkan wajah anda jadi lebih segar.Hindari pemilihan warna blush-on yang berkecamuk dengan warna bingkai spek mata. Pilihlah blush-on dalam warna-warna hangat yang semulajadi, seperti warna merah bata, merah dan coklat agar serasi dengan semua warna bingkai. Sapukan blush on setipis yang mungkin untuk hasil yang lebih sempurna.

 

Bibir: Sekiranya bingkai spek mata anda berwarna natural, gunakan lipstik dengan warna yang kuat. Jika anda mengenakan warna lipstik yang terang, pastikanlah warna solekan lainnya (mata dan pipi) bernuansa lembut dan disapu tipis-tipis.

 

Kelopak Mata: Pilih warna eyeshadow dalam kategori coklat yang lebih natural. Warna terang akan membuat bayangan gelap di sekitar mata akan lagi jelas kelihatan sehingga mata anda nampak penat. Pakai shimmer atau illuminator juga pada tulang mata dan sudut mata bahagian dalam.

 

Baca Juga: Hilangkan Mata Panda

 

Garis Mata: Pilih warna eyeliner yang setingkat atau dua tingkat lebih terang daripada bingkai spek mata anda agar warnanya tidak tertutup oleh eyeliner. Aplikasikan eyeliner sehingga tidak ada jarak tersisa antara eyeliner dengan bulu maa. Semakin tebal frame spek mata, maka anda harus mempertebalkan garis eyeliner. Gunakan juga eyeliner putih atau nude di garis mata bahagian bawah.

 

Bulu Mata: Gunakan penyepit pulu mata sebelum memakai maskara. Sepit bulu mata yang paling dekat dengan mata selama beberapa saat dan ulangi langkah tersebut di bahagian tengah dan hujung bulu mata.

 

Kening: Usahakan agar kening anda selalu kelihatan kemas. Pakai sedikit eyeshadow atau pensil pada bahagian kening yang masih kosong. Gunakan brush dengan bulu sederhana untuk menyikatnya.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips mekap natural agar anda nampak cantik semulajadi di sini.

 

 

 

Previous post

Turunkan Berat Badan Dengan khasiat ubi kentang

Next post

Sopan Dan Bergaya Di Hari Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *