4 Tips Pilih Baju Kebaya Pengantin
Kredit Foto : bp
Baju Kebaya Pengantin.Adakah anda merancang untuk mengenakan potongan baju kebaya pengantin moden untuk majlis pernikahan nanti?
Jadi, anda perlukan waktu yang secukupnya untuk memilih baju kebaya pengantin yang sesuai. Bahkan pemilihan materialnya juga perlu anda fikirkan.
Untuk menyiapkan baju kebaya pengantin memerlukan waktu yang lebih lama.Tambahan pula material baju kebaya pentantin ini cenderung lebih mahal daripada kain biasa dan perlukan ketelitian dalam menyiapkannya.
Biarpun rekaan baju pengantin terus berkembang maju, namun baju kebaya pengantin masih lagi mendapat tempat di hati raja sehari di tanah air. Cuma, kini baju kebaya pengantin bukan lagi sekadar pakaian tradisional biasa, rekaan dan potongannya sudah semakin moden dan elegant.
Berikut beberapa cara memilih baju kebaya pengantin yang perlu anda ketahui:
1. Pastikan Anda Memilih Rekaan Baju Kebaya Pengantin Yang Sesuai Dengan Tema Majlis Perkahwinan
Sesuaikan rekaan baju kebaya pengantin anda dengan tema perkahwinan yang telah dipilih.Untuk kebaya moden, anda boleh mengenakan rekaan baju kebaya pengantin yang dipadankan dengan gaun ala kebaya, contohnya mengambil potongan badan bahagian atas kebaya dan dipadukan dengan bawahan skirt dengan siluet mermaid yang moden
2. Beri Perhatian Pada Penampilan Keseluruhan Anda
Ketika anda bertemu dengan pereka fesyen, komunikasi sangatlah penting. Sebaiknya anda telah menentukan konsep pakaian dan make up, gaya rambut atau gaya tudung sehinggalah pemakaian aksesori sejak awal.Jangan sampai baju kebaya pengantin yang dijahit nampak berceramuk apabila digandingkan dengan gaya make up, tudung dan sebagainya.
Baca Juga: Tips Pilih Mekap Pengantin
3. Pastikan Anda Memilih Sentuhan Warna Terkini
Warna putih ataupun off white bukan satu-satunya pilihan warna untuk baju kebaya pengantin anda. Pilihan warna-warna romantik seperti rona warna pastel, rustic dan dusty juga boleh menjadi warna hebat untuk baju kebaya pengantin anda.
Pilihan warna gelap seperti biru metalik untuk baju kebaya pengantin yang digandingkan dengan kain yang lebih cerah seperti biru kehijauan mampu menaikkan lagi seri pengantin anda.
Baca Juga: Cara Tepat Pilih Cincin Kahwin
4. Pemilihan Rekaan Dan Potongan Baju Kebaya Pengantin
Memilih rekaan atau potongan yang sesuai dengan karakter dan keperibadian diri anda sangatlah penting. Setiap wanita mempunyai staik dan karakter yang berbeza.Potongan baju kebaya pengantin haruslah sepadan dengan si pemakai. Tentukan pilihan gaya anda, sama ada feminin, sensual, glamor, muslimah, edgy dan sebagainya. Gayakan baju kebaya pengantin yang mampu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman anda pada hari bahagia nanti.
SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui tips memilih jubah Muslimah di sini.
No Comment