Ada Apa?Review

Lengkapkan Kemeriahan Syawal Dengan Jam Tangan BERING

 

Bagi anda yang mengutamakan fesyen, lengkapkan kemeriah Syawal ini dengan aksesori menawan, dan tidak dilupakan – jam tangan cantik baru yang bergaya! Jadikan Syawal ini lebih istimewa dengan menyarung jam tangan cantik BERING dengan kecantikan kawasan Artik yang sempurna pada pergelangan anda.

Dengan pelbagai pilihan gaya dan reka bentuk, kesemua jam tangan cantik ini tersendiri dengan rekaan minimalistik dan bersih, menepati pepatah ‘kesederhanaan adalah bentuk terunggul sofistikasi.’

Jam Tangan Cantik Untuk Lelaki

titanium - woman online magazine

Titanium Ultra Ringan

Jam tangan cantik Titanium Ultra Ringan melengkapi mana-mana lelaki yang mencari keselesaan dan gaya, sama ada dipadankan dengan baju Melayu tradisional atau bersama kemeja putih dan jeans. Jam tangan BERING berinspirasikan kecantikan kawasan Artik, yang memberikannya penampilan yang tampak bersih, semulajadi dan tenang. Diperbuat daripada seramik berteknologi tinggi dan kaca nilam, jam tangan cantik BERING tidak mencetus alahan dan tahan calar. Jam tangan ini sesuai untuk apa jua acara.

Jam dipaparkan: 11739-727.

Dail biru pancaran mentari dengan titanium penuh. RM 1,116

 

 

Klasik - woman online magazine

Klasik

Jam klasik tak lapuk dek zaman ini menggabungkan gaya dan kebolehpercayaan, dan memperlihatkan kelas dan keyakinan. Tali kulit anak lembu berwarna hitam, bekas keluli tahan karat dan kaca nilam memberikannya penampilan yang segak. Jam tangan cantik bertali kulit sesuai untuk apa jua acara kerana ia mudah dipadankan dengan mana-mana busana, membawa anda dari siang ke malam bila mengunjungi rakan dan keluarga.

Jam dipaparkan: 10542-404.

Dail perak pelbagai fungsi dengan tali kulit anak lembu berwarna hitam. RM 1,090

 

 

Automatik - woman online magazine

Automatik

Jam automatik BERING didatangkan dengan tali kulit anak lembu rona perang dan dipadukan dengan bekas perak berberus yang tidak lapuk gaya. Palet perang gelapnya adalah moden dan mewah, dan memberikan sentuhan bergilap kepada jam tangan yang terpampang cantik di pergelangan tangan. Ianya pasti menyerlahkan gaya sofistikasi bagi jejaka budiman, dan menarik perhatian sesiapa sahaja.

Jam dipaparkan: 13841-505.

Keluli tahan karat dengan tali kulit anak lembu perang. RM 1,038

 

 

Solar - woman online magazine

Solar

Jam tangan cantik solar BERING, yang hadir dalam rona gelap, keluli hitam dan kelabu, mewakili maskuliniti dan mengetengahkan keanggunan yang sederhana. Jam solar ini berfungsi menggunakan tenaga cahaya, yang kemudian ditukar menjadi tenaga elektrik, dan berupaya menyimpan tenaga sehingga 6 ke 12 bulan. Tali jalinan dawai rona kelabu, gerakan solar, dan keluli tahan karat mewujudkan kombinasi sempurna anggun maskulin. Ia mewakili gaya jam BERING yang sejati.

Jam dipaparkan: 14440-077.

Keluli tahan karat dengan tali jalinan dawai kelabu. RM 1,038

 

Jam Tangan Cantik Untuk Wanita

 

Seramik - woman online magazine

Seramik Biru

Berdasarkan inspirasi kawasan Artik dan cintanya pada keindahan semulajadi, rona biru sentiasa ada pada rekaan jam berjenama BERING sejak dahulu. Warna tenang dan semulajadi ini turut digunakan dengan meluas dalam dunia fesyen sejak beberapa musim kebelakangan ini dan dijangka terus berkuasa tahun ini. Padanan sempurna bagi baju kurung berwarna-warni atau sepasang kebaya klasik.

Jam dipaparkan: 32426-767

Dail ibu mutiara dengan kristal Swarovski. RM 1,454

 

 

Emas - woman online magazine

Emas

Jam emas sentiasa menjadi lambang gaya anggun dan menarik perhatian. Jam tangan emas BERING berhias kristal Swarovski di atas bezel keluli tahan karat bukan sahaja menjadi kenyataan fesyen yang menarik, ia juga merupakan penanda waktu berkualiti dengan emas sadur IP serta tali dawai berjalin. Pakaikan setiap hari untuk menyerlahkan gaya, atau padankan jam tangan ini dengan baju kebaya klasik.

Jam dipaparkan: 11927-334.

Bezel putih dengan kristal Swarovski pada tali jalinan dawai emas. RM 726

 

 

Vintaj - woman online magazine

Vintaj Langsing

Jam tangan cantik terbaru ini menggabungkan nilai tradisional keanggunan sederhana jenama ini dengan paras yang dinamik dan moden. Tali jam dawai berjalin rona perang dan selongsong emas merah jambu berkilat tampak amat menawan! Diperbuat daripada bahan-bahan anti-alahan dan tahan calar, ianya langsing dan padan dengan apa jua pemakaian, menjadikannya mudah digunakan dari siang ke malam.

Jam dipaparkan: 11435-262

Dail pancaran mentari dengan tali jam dawai berjalin perang. RM934

 

 

Dwiwarna - woman online magazine

Dwiwarna

Dengan rekaan lembut dan sofistikated, jam tangan dwiwarna BERING sangat elegan, dan boleh dipakai untuk apa jua acara. Diperindahkan dengan selongsong emas berkilat dan bertatahkan kristal Swarovski, ia adalah jam tangan bertaraf bintang, istimewa untuk dirimu atau sebagai hadiah buat orang tersayang.

Jam dipaparkan: 10126-001.

Perak Milan dengan selongsong emas berkilat. RM 499

<< Ketahui rahsia beg tangan wanita di sini.

 

Previous post

Tips Penjagaan ‘Contac Lens’ Yang Perlu Anda Tahu

Next post

Teknik Masak Nasi Goreng Dengan Lebih Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *