CantikRambut

Cegah Rambut Botak Dengan Cara Semulajadi

Mencegah Kebotakan - woman online magazine

Kredit :konsultasisehat

Rambut bukan sahaja mahkota kecantikan wanita! Malah rambut juga memainkan peranan penting untuk menstabilkan suhu di bahagian kepala.Ramai wanita mahu memiliki rambut yang sihat dan lebat.

Namun, tak kurang juga yang mengalami masalah dengan kebotakan rambut. Jika anda sedang mencari cara untuk mencegah kebotakan, anda mungkin boleh mencuba cara semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

  1. Bawang Merah

Bawang merah memainkan peranan sebagai stimulator kerana sulfur yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Bawang merah juga berfungsi sebagai anti bakteria yang mampu membasmi kutu rambut.Cara mencegah kebotakan menggunakan bawang merah ini boleh anda praktik dengan memarut bawang merah. Kemudian lakukan urutan dengan bawang merah yang sudah dikisar tersebut pada bahagian kepala yang botak. Biarkan selama setengah jam, kemudian barulah bersihkan kepala dengan syampu.

 

  1. Minyak Zaitun Dan Kulit Kayu Manis

Cara mencegah kebotakan rambut yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan minyak zaitun dan kulit kayu manis. Sediakan tiga sudu makan minyak zaitun serta I sudu makan serbuk kulit kayu manis. Kemudian, campurkan kedua bahan ini sehingga membentuk pasta. Aplikasikan campuran tersebut pada bahagian kepala yang mengalami kebotakan dan biarkan selama sejam. Selepas itu bilaslah dengan air bersih.

 

  1. Lidah Buaya

Cara mencegah kebotakan yang seterusnya adalah dengan menggunakan khasiat lidah buaya. Khasiat lidah buaya boleh membantu menumbuhkan rambut serta mengatasi rambut rosak. Caranya cukup mudah, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian kepala yang botak. Biarkan semalaman dan bilas dengan air bersih pada keesokan harinya.

 

  1. Vitamin E

Anda boleh mencegah kebotakan rambut dengan menggunakan vitamin E. Ia sangat efektif untuk merangsang pertumbuhan rambut serta menjaga kesihatan rambut. Lakukan secara rutin dengan melakukan urutan pada kulit kepala yang mengalami kebotakan dengan minyak yang mengandungi vitamin E.

<< Ketahui cara berkesan merawat rambut bercabang di sini.

 

 

 

 

 

Previous post

Ketahui Punca Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Terbaik Untuk Mencegahnya

Next post

Resepi Mee Hailam Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *