Selera

Resepi Kek Tiramisu

Resepi Kek Tiramisu - woman online magazine

Kredit : media cache

Resepi Kek Tiramisu. Tak rugi jika anda mencubanya!

Anda yang suka makan kek, sudah pasti tahu keenakkan kek tiramisu. Teksturnya yang lembut dengan banyak krim dan rasa kopi yang cukup menyengat, begitu melunakkan anak tekak. Apatah lagi jika dimakan dalam keadaan sejuk. Ini bermakna, anda perlu memasukkan kek tiramisu terlebih dahulu ke dalam peti sejuk sebelum dinikamti supaya krim dan rasa kopinya lebih terasa.

Resepi Kek Tiramisu

Bahan Yang Diperlukan Untuk Kek :

200 gram tepung gandum

200 gram gula pasir halus

8 biji telur

1 sudu teh ovellete

200 gram mentega (dicairkan)

2 sudu teh kopi segera, larutkan dengan sedikit air

 

Bahan Untuk Tiramisu:

1 semakan gelatin

2 sudu makan air

160 gram gula pasir

500 gr ammascarpone

180 ml whipped cream (dikacau)

 

Untuk Ditabur:

2 sudu teh serbuk coklat

 

Cara Membuat Kek Tiramisu

Untuk Kek:

  1. Campur semua bahan kecuali mentega, kemudian pukul sehingga mengembang.
  2. Tambahkan mentega cair, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
  3. Tuang ke dalam dua buah loyang atau bekas empat segi berukuran 20×20 cm.
  4. Kemudian bakar dengan suhu 180º C selama 30 minit atau hingga masak Angkat dan sejukkan.

Untuk Tiramisu:

  1. Campur gelatin dengan air, biar sehingga gelatin larut.
  2. Setelah itu, masukkan gula, kacau sebati.
  3. Pukul mascarpone sehingga lembut, masukkan whipped cream, yang sudah dikacau, pukul lagi sehingga rata.

Keseluruhan:

  • Siapkan sebiji kek, lapisnya dengan ‘cling wrap’ dan siram dengan air kopi.
  • Tuang tiramisu kemudian letak kembali dengan kek, siram dengan air kopi dan tuang tiramisu diatasnya.
  • Simpan dalam peti sejuk selama dua jam sehingga mengeras. Potong-potong dan hidangkan.
  • Hidangkan dengan taburan serbuk coklat bagi menambah seri dan kesedapan kek tiramisu.

<< Dapatkan resepi membuat brownies kukus di sini.

Previous post

There is no more story.

Next post

Nak Lebih Ramping? Praktik 5 Tips Kuruskan Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *