4 Cara Mudah Hilangkan Bulu Kaki
Kredit Foto: wikitricks
Cara Hilangkan Bulu Kaki. Nak tahu cara hilangkan bulu kaki dengan mudah? Sudah pasti! Bagi anda yang mementingkan penampilan serta mahu kelihatan cantik dan seksi!
Kebanyakan wanita beranggapan bulu-bulu kaki yang tumbuh di kaki membuatkan nampak comot dan memberikan kesan yang kurang bersih. Keadaan ini berlainan dengan seorang lelaki yang dikatakan akan kelihatan lebih macho jika memiliki bulu kaki.
Baca Juga: Masalah Bau Kaki
Berikut beberapa cara hilangkan bulu kaki dengan mudah.
1. Madu
Madu sangat efektif untuk menghilangkan bulu pada kaki anda. Campurkan tiga sudu makan madu dengan sedikit air perahan lemon. Panaskan seketika. Apabila suam, sapukan pada bulu kaki anda. Biarkan selama sejam, kemudian barulah dibersihkan.
2. Putih Telur
Menggunakan putih telur juga sangat berkesan untuk hilangkan bulu kaki. Campurkan dua sudu makan gula, satu sudu teh tepung jagung dan sebiji putih telur. Kacau kesemua bahan sehingga sebati, kemudian sapukan pada kaki anda yang berbulu. Biarkan beberapa minit sehingga bulu kaki anda akan tertanggal dengan sendirinya.
Baca Juga: Cara Atasi Lenguh Kaki
3. Gula
Campur dua sudu makan gula dengan perahan limau nipis.Kemudian panaskan sehingga membentuk karemel. Biarkan sehingga suam, kemudian barulah disapu pada kaki anda yang berbulu itu. Ramuan gula yang telah dicampur dengan limau nipis boleh menghilangkan bulu kaki hingga ke akarnya.
4. Kunyit Hidup
Campurkan khasiat kunyit hidup yang telah dikisar halus dengan kapur sirih. Ambil lima sudu makan kunyit hidup yang telah dikisar, gaul hingga sebati bersama saty sudu makan kapur sirih. Cara hilangkan bulu kaki menggunakan kunyit hidup dan kapur sirih sangat mudah, campurkan kedua bahan tersebut. Gaul hingga rata dan kemudiannya disapu pada kaki yang berbulu sehingga bulu tersebut tertanggal dengan sendirinya ketika digosok.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui cara paling berkesan untuk mengatasi masalah lengkuh kaki di sini.
No Comment