Selera

Resepi Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka - Woman Online Magazine

Kredit: foreignfeasts

Resepi Kuih Seri Muka. Cara membuatnya tidaklah terlalu sukar, namun kesabaran tetap diperlukan.

Kuih Seri Muka mempunyai citarasa cukup tersendiri. Gandingan rasa kenyal, melekit, lembut dan manis serta keharuman daun pandan cukup menjolok anak tekak.Kuih Seri Muka biasanya tampil dengan lapisan warna hijau pandan di bahagian atas dan warna putih pulut di lapisan bawahnya merupakan paduan warna yang cukup memukau selera.

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

Bahan Untuk Lapisan Bawah

250 gram beras pulut, dicuci dan ditoskan

Sehelai daun pandan, dipotong-potong

300 ml santan

½ sudu teh garam

1 sudu makan gula pasir

 

Bahan Untuk Bahagian Atas

6 biji telur ayam

150 gram gula pasir

50 gram tepung beras

300 ml santan

1 sudu makan pati air pandan

1 sudu teh pewarna hijau

 

Cara Membuatnya:

Cara Membuat Lapisan Bawah

  1. Kukus pulut bersama daun padan dalam pengukus panas sehingga masak. Angkat.

 

  1. Campur santan dengan garam dan gula, tuang ke dalam pulut panas tadi. Gaul sehingga rata.

 

  1. Kemudian kukus kembali sehingga masak. Angkat.

 

  1. Ketika masih panas, ratakan dalam loyang.

 

Cara Membuat Lapisan Atas

  1. Pukul telur bersama air perahan daun pandan dan pewarna hijau tadi.

 

  1. Setelah itu masukkan gula dan tepung beras, gaul sehingga rata.

 

  1. Tambahkan santan, gaul rata dan kemudian barulah dituang ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.

 

  1. Kemudian kukus dalam bekas pengukus selama 30 minit.

 

  1. Angkat dan sejukkan. Setelah itu barulah dipotong dan dihidangkan.

<< Dapatkan resepi Nasi Ayam Hainan di sini.

 

Previous post

4 Manfaat Madu Untuk Kecantikan Wajah

Next post

Makanan Sumber Kalsium Buat Ibu Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *