Petua PemakananSihat

Ada Banyak Rupanya Khasiat Jering!

Khasiat Jering - woman online magazine

Kredit : 3.bp

Khasiat Jering.Anda pernah makan buah jering? Atau, anda memang tidak tahan dengan bau dan rasanya yang tersendiri?

Tidak dinafikan bau jering cukup tajam dan menikam. Namun, jering mempunyai banyak khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh dan ramai yang tidak mengetahuinya.

Berikut beberapa khasiat jering yang perlu anda ketahui.

 

  1. Mencegah Anemia

Jering kaya dengan zat besi yang berfungsi untuk mencegah dan mengatasi kekurangan pengeluaran sel-sel darah merah dalam tubuh.Apabila tubuh kekurangan zat besi, pengeluaran sel-sel darah merah akan berkurangan. Akibatnya pengeluaran oksigen dan zat-zat makanan yang diperlukan oleh seluruh sel dalam tubuh juga akan menjadi berkurangan.Seseorang yang mengalami kekurangan zat besi akan nampak letih, cepat penat dan tidak bersemangat.Wanita yang sedang ‘period’ disarankan makan jering supaya tubuh anda tidak kekurangan zat besi akibat banyaknya darah menstruasi yang keluar.

 

  1. Mengawal Kadar Gula Darah

Bagi penghidap diabetis, anda disarankan makan jering kerana ia mampu mengawal kadar gula darah. Jering mengandungi zat gula yang ‘berkawan’ dengan penghidap diabetes. Zat gula pada jering merupakan zat gula yang paling mudah diurai sehingga selamat bagi penghidap diabetes.Berbeza dengan zat gula pada bahan makanan lainnya seperti makanan-makanan yang mengandungi karbohidrat. Zat gula yang mudah terurai pada jering ini kemudian akan diubah menjadi energi oleh tubuh. Hasilnya stamina tubuh pun akan meningkat. Proses penguraian zat gula yang sempurna tidak akan menimbulkan timbunan gula darah di dalam tubuh.

 

  1. Pembentukan Jaringan Tubuh

Kandungan protein yang tinggi pada jering dapat membantu pembentukan jaringan dalam tubuh. Kandungan protein pada jering juga ternyata jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan kandungan protein pada kacang hijau dan kacang soya.

 

  1. Mencegah Kereputan Tulang

 

Selain zat besi dan protein, kandungan zat lain yang ada di dalam jering adalah kalsium dan fosfor. Dua zat ini adalah zat yang sangat diperlukan oleh tulang. Kalsium dan fosfor dapat mencegah tulang kereputan tulang (osteoporosis). Jadi, sering pengambilan jering dengan jumlah yang mencukupi dapat membuatkan tulang pada tubuh anda menjadi lebih kuat.

 

  1. Merampingkan Perut

Ternyata jering juga dapat membantu merampingkan perut yang buncit. Kandungan seratnya yang tinggi dapat melancarkan proses pembuangan air besar sehingga secara tidak langsung membuat perut anda menjadi langsing. Salah satu penyebab buncitnya perut pada seseorang adalah disebakan proses pembuangan air besar yang tidak lancar dan tidak teratur.

 

Info Ekstra!

Jering Bahaya Buat Pengidap Penyakit Buah Pinggang

Asid yang terdapat pada jering berupa kristal-kristal yang tidak larut oleh air. Disebabkan sifat ‘diuretic’ inilah jering tidak digalakan sama sekali dimakan oleh mereka yang menghidap penyakit buah pinggang. Pengambilan jering hanya akan memburukkan lagi keadaan organ buah pinggang anda.

<< Ketahui lima petua merawat selsema secara semulajadi di sini.

 

 

 

 

Previous post

Nak Cantik, Kena Cuba! Tips Memutihkan Kulit Tubuh

Next post

Tips Kecantikan Rambut Buat Anda Yang Memakai Hijab

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *