SihatTips

Cara Paling Tepat Memilih Buah-Buahan Segar Yang Bebas Daripada Suntikan

Buah Tanpa Suntikan - Woman Online Magazine

Kredit: purehealthperformance

Buah-Buahan Segar. Jika anda ingin tubuh menjadi lebih sihat dan kuat, anda bukan sahaja perlu mengambil sayur-sayuran hijau sebagai menu sihat anda. Malah, anda juga perlu menikmati buah-buahan segar.

Berikut tips memilih buah-buahan segar

 

1. Anda perlu lihat, apakah buah-buahan tersebut sudah cukup masak. Tahap kemasakan buah-buahan tersebut turut mempengaruhi nutrisi penting yang terdapat di dalamnya.

 

2. Belek apakah bentuknya elok. Setiap buah-buahan biasanya ada bentuk dan rupa yang tersendiri. Jika lari daripada kebiasaannya, tak payahlah anda ambil atau beli.

 

3. Teliti juga dengan warnanya. Biasanya beberapa jenis buah-buahan anda boleh melihat warna apakah ianya masih segar.Jika warna sudah bertukar sebaliknya, buat apa anda beli atau ambil.

 

4. Cium baunya. Jika buah-buahan tersebut sudah biasa anda makan, sudah pasti anda kenal dengan baunya. Jika baunya kurang enak, bermakna buah-buahan tersebut sudah tidak bagus.

 

5. Tengok kulitnya. Apakah bentuk kulitnya masih elok. Biasanya kulit buah yang masih bagus menandakan bahawa buah-buahan tersebut masih segar. Jika kulitnya sudah lembik dan rosak, bermakna buah tersebut sudah lama atau mungkin sudah busuk. Jadi, anda kena pilih buah yang kulitnya masih elok dan tidak ada lubang-lubang hama atau ulat.

 

Info Ekstra!

Kenalpasti Buah-Buahan Bebas Suntikan

  • Buah-buahan yang disuntik zat-zat tambahan seperti formalin dan zat pewarna. Kandungan lain yang terdapat pada buah adalah lilin. Contoh buah-buahan yang disuntik formalin dan zat pewarna adalah epal, anggur, oren, mangga, tembikai, pisang, pear dan belimbing.
  • Buah-buahan yang disuntik formalin biasanya kelihatan segar tanpa kedutan meskipun sudah terperap lebih sebulan. Anda boleh melihatnya dari tangkainya yang sudah layu, namun buahnya masih segar. Baunya pun berbeza daripada kebiasaan kerana lebih tajam.
  • Buah-buahan yang disuntik zat perwarna akan meninggalkan kesan lubang kecil yang agak dalam.Kesan lubang suntikan ini biasanya terdapat pada bahagian tangkai buah dan warnanya lebih terang.Zat pewarna ini biasanya boleh melekat di mulut ketika anda menikmati buah-buahan tersebut.
  • Buah-buahan yang dilapisi lilin pula biasanya lebih berkilat dan nampak cantik. Untuk mengetahuinya anda boleh mengikis sedikit kulit buah-buahan tersebut dan serbuk-serbuk putih akan bertaburan.
  • Sebaiknya pilihlah buah-buahan yang bahagian luarannya nampak elok, tidak terlalu berkilat dan tanpa kesan lubang suntikan.Anda perlu lebih peka melihat tangkai buah-buahan tersebut. Jika tangkainya layu tetapi buahnya masih segar anda perlu berhati-hati. Sebaiknya pilih buah yang tangkainya masih segar, hijau dan penampilan buahnya juga tetap segar.
  • Pilih buah yang mempunyai warna semulajadi dan cerah. Jika warna kulit buah-buahan tersebut nampak terlalu terang dan agak pelik, boleh jadi buah-buahan tersebut sudah disuntik dengan zat pewarna.

<< Ketahui jenis buah-buahan yang baik untuk ibu mengandung di sini.

Previous post

4 Gaya Rambut Simple Yang Sesuai Untuk Anda Ketika Bersenam

Next post

Cara Penjagaan Muka Yang Betul Dan Perlu Anda Ketahui

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *