Putihkan Kulit Dengan Lulur Tradisional
Kredit : byronwomensretreat
Lulur Tradisional. Teringin untuk memiliki kulit putih dan bersih? Cubalah cara memutihkan kulit dengan lulur tradisional ini.
Lulur tradisional memanfatkan pelbagai ramuan semulajadi yang telah dikisar halus untuk diaplikasi secara langsung pada kulit.Lulur dipercayai mampu mengangkat sel-sel kulit mati dan memberikan nutrisi pada kulit agar menyerap sehingga ke dalam sel kulit.
Bukan itu sahaja, lulur juga boleh memudarkan noda-noda hitam pada kulit serta mencerahkan kulit anda. Selain itu, ia turut menyejukkan serta melembabkan kulit.
Berikut beberapa lulur tradisional untuk memutihkan kulit tubuh. Anda boleh memakainya sebelum mandi. Setelah melakukan lulur, anda disarankan memakai body lotion, body cream dan sebagainya untuk mendapatkan kulit putih semulajadi.
1. Lulur Gula
Gula sangat bagus untuk kulit kerana ia boleh membuatkan kulit lebih putih halus serta bersinar.Selain boleh mengangkat sel kulit mati serta kulit yang kasar, gula juga boleh mengawal pengeluaran minyak pada kulit anda.
Baca Juga: Menu Sihat Tanpa Gula
2. Lulur Kunyit
Lulur tradisional ini merangkumi kunyit, tepung beras dan sedikit air mawar ataupun minyak esential. Lulur ini mampu menghilangkan sel kulit mati, menyejukkan serta melembabkan kulit.Selain itu, kunyit dalam lulur ini mampu memberikan kesan warna kuning langsat pada kulit sehingga kulit kelihatan lebih cerah.
Baca Juga: Khasiat KunyitÂ
3. Lulur Beras
Beras yang paling bagus adalah beras organik.Proses pembuatannya tidaklah terlalu rumit, anda perlu mencuci beras organik tersebut dan toskan airnya sampai betul-betul kering.Kemudian kisar beras tersebut, tambahkan sedikit dengan air mawar. Gaul rata, kemudian bentukkannya kecil-kecil dan keringkannya.
Sewaktu mahu menggunakannya, ambil butiran beras yang telah kering itu lalu dicampur dengan air.Kemudian sapukan lulur beras ke bahagian kulit, dan biarkan selama 40 minits atau sehingga kering. Setelah itu barulah bilas dengar air bersih dan keringkan dengan tuala lembut.
Baca Juga: Khasiat Air Beras
4. Lulur Limau Nipis & Putih Telur
Ambil sebiji limau nipis, belah dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan sebiji putih telur. Kacau sehingga sebati.Setelah itu, barulah disapu keseluruh tubuh dengan menggunakan berus.Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering. Kemudian mandi dan gosoklah tubuh anda perlahan-lahan. Penggunaan secara teratur mampu memutihkan dan mencerahkan kulit.
Baca Juga: Khasiat Limau Nipis
Manfaat Lulur Tradisional
- Mencerahkan kulit.
- Menegangkan Kulit.
- Memutihkan Kulit.
- Membuat kulit menjadi lebih muda dan halus.
- Mengangkat kulit tubuh kusam dan kasar.
- Membantu pertukaran sel-sel kulit mati dengan yang baru.
- Membuat kulit terasa halus, lembut dan tidak mudah kering.
<< Ketahui manfaat oatmeal yang boleh mencantikkan kulit anda di sini.
No Comment