Gaya HidupKarier & Wang

1001 Keistimewaan Rumah PKNS

 

Rumah PKNS Women Online Magazine (3)

Membeli rumah, kalau tidak kena caranya memang sukar. Apatah lagi jika anda yang baru pertama kali membeli rumah. Silap haribulan, boleh kena tipu!

Jadi, sebelum anda memutuskan untuk membeli rumah, ada baiknya jika anda melihat dahulu siapakah pemajunya. Bagaimana track record developer selama ini dan apakah sering terlambat untuk serah terima kediaman? Bagaimana kualiti bangunan di projek-projek perumahan yang sebelum ini dan sebagainya.Biarpun sekecil atau sesederhana apapun, rumah tetap menjadi istana buat penghuninya. Tempat berlindung siang malam, tempat berkongsi cerita dan cinta serta membangun masa depan. Jadi, sudah pastilah kita ingin mencari kediaman yang betul-betul terjamin dan selesa untuk didiami.

 

Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar, merupakan Kontroler Pembangunan Wilayah Utara(KPWU) di PKNS, di mana beliau juga adalah Presiden PKNSFC, berkongsi cerita tentang keistimewaan kediaman atau rumah PKNS.

Rumah PKNS Women Online Magazine
Keistimewaan Rumah PKNS

 

 “PKNS merupakan pemaju perumahan yang terulung di Selangor.Kredibiliti PKNS boleh dilihat kepada pencapaian selama 52 tahun kewujudannya, yang telah membangunkan sebanyak 11 pusat pertumbuhan baru dan bandar-bandar di Selangor seperti Shah Alam,Petaling Jaya, Kelana Jaya,Bandar Baru Bangi, Ampang, Hulu Kelang, Kota Puteri,Antara Gapi, Bernam Jaya, Kota Damansara, Selangor Cyber Valley, Bandar Sultan Sulaiman dan sebagainya,” terang Siti Zubaidah, memulakan perbualan.

 

“Selain daripada kualiti bangunan kediaman yang sentiasa dijamin mutunya, PKNS turut mengambil kira perancangan pembangunan yang lestari serta menepati kehendak dan keperluan pelanggannya dari masa ke semasa. Harga jualan kediaman atau rumah PKNS juga berpatutan. Biasanya harga jualan kediaman yang ditawarkan oleh PKNS, mengambil kira pelbagai kategori rakyat di Selangor, samada di kalangan berpendapatan rendah, sederhana ataupun tinggi. Malahan lokasinya juga tidak hanya tertumpu di bandar-bandar sahaja, sebaliknya kami turut membina kediaman di luar bandar,” jelas Siti Zubaidah lagi.
 Rumah PKNS Women Online Magazine

Trend Kediaman Hari Ini

Menyentuh tentang trend kediaman masa kini, Puan Zubaidah menjelaskan, generasi muda pada hari ini lebih gemar ataupun berminat membeli rumah jenis strata. Kediaman jenis ini mempunyai fasiliti yang diperlukan seperti kawalan keselamatan, kemudahan kolam renang, kafe,dewan, tadika, surau dan sebagainya.

Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Membeli Rumah & Mengubahsuai Kediaman/ Rumah PKNS

a. Elakkan membeli daripada orang yang tidak dilantik secara rasmi oleh PKNS. Sebaiknya terus berhubung dengan Eksekutif Jualan PKNS di Ibu Pejabat atau setiap cawangan PKNS.

b. Jangan lakukan pengubahsuaian kediaman tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Lantik arkitek untuk menyediakan pelan ubahsuai rumah dan memantau kerja-kerja ubahsuai rumah.

Rumah PKNS Women Online Magazine (5)

Proses Mendapatkan Rumah PKNS

a. Layari website PKNS property untuk mendapatkan maklumat rumah-rumah PKNS yang dibuka untuk jualan.

b. Daftar nama di kuanter-kaunter jualan PKNS  atau terus berhubung kepada Eksekutif Jualan seperti berikut:

Wilayah Tengah: Fadzilah (no tel: 013-3938183)

Wilayah Utara: Zahidan (no tel: 019-3491284)

Wilayah Selatan: Abdul Halim (no tel: 011-23870616)

Harga Rumah Mampu Milik PKNS

a. Pembeli-pembeli yang ingin membeli Rumah Mampu Milik PKNS perlulah mendaftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

b. Perancangan keseluruhan Rumah Mampu Milik PKNS dan Kumpulan bagi tahun 2016-2020 adalah seperti berikut:

Tahun                                                  Jumlah Unit (2016 -2020)

Jumlah projek yang akan dibina                       10,260

 

Kediaman Mewah PKNS adalah seperti berikut:

a. Opal Residensi. Harga RM 601,500.00

b. Hijauan Enklaf 

– Banglo dari RM 3.8 juta

– Semi D dari RM 3.2 juta

c. Anggun Kirana RM 1.7 juta

d. Anggun 2 RM 874,00.00

Previous post

Cara Pantas Menghilangkan Stress

Next post

9 Kebaikan Jika Rajin Buat Senaman Pagi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *