MENAKJUBKAN! 5 Kebaikan Buah Zaitun Yang Sangat Hebat!
MENAKJUBKAN! 5 Kebaikan Buah Zaitun yang Sangat Hebat!
Buah Zaitun atau dikenali sebagai ‘Oleaeurofea’ merupakan sejenis spesis daripada tanaman tertua di dunia dan ditanam di kawasan Mediteranean. Namun, tempat penanaman paling utama ialah di Sepanyol, Turki, Tunisia dan Morocco. Buah zaitun yang mentah berwarna hijau bening akan diproses untuk mendapatkan minyak.
Minyak zaitun amat jernih dan berkilau serta kualiti minyak zaitun yang lebih baik daripada minyak yang lain menyebabkan harga dan permintaan minyak zaitun amat tinggi. Bukan sahaja dalam bidang masakan, malah dari segi perubatan juga mememerlukan khasiat buah zaitun. Namun, tak semua orang tahu tentang khasiat sebenar buah zaitun yang mampu membantu kesihatan luaran dan dalaman manusia.
Di sini kami kongsikan beberapa kandungan dalam buah zaitun dan khasiatnya untuk kesihatan sejagat.
1. Merendahkan Kolestrol Dan Mengurangkan Risiko Kanser
Merujuk kajian pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford berkaitan kanser dan pemakanan seseorang, menyatakan bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging secara kerap dan rendah dalam pengambilan sayur sayuran hijau sangat berpontensi tinggi dalam menghidap kanser.
Dari sudut kajian saintifik, dengan pengambilan minyak zaitun,ia dapat mengurangkan kadar kes kanser kerana minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai ‘monounansaturated’ yang mampu merendahkan tahap kolestrol berbahaya yang berada di dalam saluran darah. Malah, kandungan ‘oleic acid’ yang terdapat di dalam buah zaitun telah terbukti berjaya mengurangkan risiko kanser payudara yang merupakan kanser paling popular yang dihidapi oleh rakyat Malaysia.
2. Melembutkan Kulit Serta Melambatkan Proses Penuaan.
Kandungan zat ‘linoleic acid’ di dalam minyak zaitun yang akan membantu untuk menjaga kadar air pada kulit wajah, agar wajah kekal lembap dan melambatkan proses penuaan. Malahan, zat ‘linoleic acid’ juga boleh mengecilkan pori pori di wajah si pemakai. Selain itu, minyak zaitun juga kaya dengan anti-oksidan yang disebut ‘polifenol’ yang akan membantu untuk melindungi sel sel kulit dari ancaman kerosakan.
Tambahan lagi, minyak zaitun juga boleh menggantikan fungsi ‘body lotion’ dengan mengamalkan sapuan minyak zaitun di seluruh badan dan hasilnya kulit tidak akan kering dan kasar. Anti oksidan juga dapat mengelakkan serangan radikal bebas dan keradangan yang berlaku pada kulit.
3. Membantu Mengubati Penyakit Alzheimer
Pakar Itali dari Universiti Florence telah membuktikan bahawa keaslian minyak zaitun dapat mencegah penyakit Alzheimer. Kajian ini telah dibuat ujian ke atas seekor tikus yang menghidap penyakit Alzheimer.
Sepanjang kajian dijalankan, tikus tersebut telah diberikan ‘oleuropein aglycone’ iaitu polifenol utama yang ada dalam minyak zaitun selama 8 minggu. Dan hasil kajian telah berjaya membaiki kinetic kognitif seperti bergerak,berfikir dan bertindak berbanding tikus yang tidak diberikan ujian polifenol minyak zaitun.
4. Mencegah Kenaikan Berat Badan Dan Obesiti
Sudah menjadi budaya di Malaysia, semua makanan yang dihidang mestilah berlemak, berminyak dan berkeju supaya boleh menaikkan selera orang kita. Tahukah anda? Sepotong keju yang berbentuk segi empat tepat mengandungi 60 kalori. Untuk menghapukan kalori tersebut, anda perlulah berjoging selama 7 minit.
Bayangkan sekiranya anda makan burger yang mengandungi ayam, keju, roti, mayonis, sos cili dan banyak lagi bahan lain yang diletakkan, agak agak berapa jam kah masa yang anda perlukan untuk menyingkirkan kalori dari dalam badan anda? Tetapi, dengan pengamalan minyak zaitun, anda dapat menhapuskan lemak dengan membakar lemak dalam tubuh dan merendahkan kolestrol. Minyak zaitun ini juga mengandungi lemak tersendiri yang tidak berbahaya sebaliknya dapat menjaga sistem tubuh anda supaya kekal sihat.
5. Mengurangkan Gangguan Emosi Dan Depresi
Depresi merupakan penyakit mental yang disebabkan kesedihan yang melampau. Ada juga yang kerana tidak berdaya, putus asa, dan merasakan diri mereka sudah tidak ada nilai di dunia ini. Depresi ini merupakan penyakit nyata yang disebabkan mereka tidak boleh berfikir secara waras. Kebiasaannya, penyakit ini berlaku adaah petanda otak mereka tidak mendapat ‘hormon’ yang cukup seperti serotonin (zat kimia yang bertugas membawa pesanan antara sel saraf otak) atau dopamine (neurotransmitter yang menghantar signal di otak).
Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Las Palmas, Sepanyol pada tahun 2011, menyatakan bahawa lemak baik yang ada di dalam buah zaitun mampu mencegah gangguan emosi dan merawat depresi. Dengan mengamalkan buah zaitun, lemak sihat yang ada di dalamnya mampu mengimbangkan kadar hormon di dalam badan sehingga dapat mencegah kerosakan saraf.
5. Membantu Mengeluarkan Batu Ginjal
Khasiat buah zaitun bukan sahaja mampu membantu meredakan sembelit, malah dengan mengamalkan buah zaitun secara konsisten juga dapat menghancurkan batu ginjal. Batu ginjal adalah endapan (sesuatu yg bercampur dengan barang cair yg telah turun ke bawah dan bertimbun di dasar) keras yang terbentuk dari zat yang ada di air kencing. Proses ini dikenali sebagai ‘nephrolithiasis’.
Dengan gabungan mminyak zaitun yang mengandungi anti oksidan seperti vitamin E, klorofil dan fenol serta jus lemon yang kaya dengan asam nitrat dan vitamin C, maka ia dapat menghancurkan batu ginjal tersebut secara berperingkat. Setelah dihancurkan, maka ia akan keluar melalui urine atau air kencing.
Demikianlah beberapa manfaat minyak zaitun untuk kesihatan yang boleh kami kongsikan. Semoga bermanfaat.
No Comment