1001 Khasiat Chia Seed Selain Untuk Kurus.
1001 Khasiat Chia Seed selain untuk Kurus.
Apa itu Chia Seed?
Chia seed atau nama saintifiknya adalah Salvia Hispanica L, memiliki ciri-ciri fizik yang haus dan kecil seakan-akan biji selasih tetapi dalam bentuk kering. Chia seed berasal dari Amerika Tengah, kebanyakkannya tumbuh di Mexico dan Guatemala, hanya mekar selama musim panas.
Menurut Suruhanjaya Eropah, chia seed telah dipersetujui sebagai sumber makanan asas oleh Parlimen dan Dewan Eropah pada tahun 2009 kerana chia seed telah mendapat pengesahan sebagai produk bebas kesan sampingan dan kaya dengan nutrisi yang mampu membantu melesaikan masalah kesihatan.
Bagaimana Chia Seed bertindak?
Salah satu karakter fizik khas yang dimiliki Chia Seed adalah kemampuannya dalam membentuk lapisan gel. Lapisan gel ini terbentuk selepas chia seed bertindak balas melalui kaedah hidrasi dengan air.
Ketika chia seed bertindak balas dengan air, bahagian luar epidermis chia seed akan pecah dan mengeluarkan getah yang sangat tipis bersifat menyerap air dan akan membentuk satu kapsul yang tidak kelihatan.
Kapsul ini akan menghasilkan gam yang akan menahan dan menyerap air serta mampu memberikan tekanan yang berbeza mengikut kuantiti chia seed yang diamalkan. Tahukah anda? Gam yang terhasil dari chia seed dapat menyerap air 12 kali ganda dari berat keringnya.
Kandungan Nutrisi dan Kebaikannya.
1. Anti Oksidan
Chia Seed sangat kaya dengan antioksidan, zat yang membantu mempercepatkan proses pembaikkan kulit dan mencegah segala segala ancaman yang boleh merosakan kulit anda. Chia seed bukan sahaja mempu melambatkan proses penuaan kulit, malah bijian kecil ini juga meningkatkan kadar kolagen yang boleh membuat kulit tegang dan ‘glowing’.
Menurut kajian saintifik, antioksidan yang ada pada chia seed juga telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Kandungan antioksidan yang tinggi ini jugalah yang membuatnya mampu bertahan lebih lama jika disimpan berbanding bijian/benih lain.
2. Protein
Menurut American Journal of Clinical Nutrition, diet yang dilakukan dengan mengekalkan protein yang tinggi di dalam badan mampu mengurangkan rasa lapar dan mendorong rasa kenyang. Chia seed mengandungi 19% protein yang berkualiti tinggi dengan semua asam amino yang diperlukan oleh tubuh.
Sekiranya anda mengalami masalah penurunan berat badan, Chia Seed adalah salah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan untuk amalkan. Sebenarnya memang tiada makanan yang dapat membantu menurunkan atau menyebabkan berat badan naik begitu saja. Semuanya bergantung kepada kebiasaan gaya hidup kita.
3. Serat
Chia Seed juga membantu menurunkan berat badan kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi. Sekiranya anda mengamalkan chia seed sebanyak 25-38 gram sehari, ia sudah cukup mampu membantu anda untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.
4. Asam Lemak Omega 3
Chia seed merupakan salah satu benih atau bijian yang mengandungi sumber asam lemak omega-3 yang sangat baik, bahkan lebih banyak omega-3 daripada salmon. Asam lemak omega-3 yang terdapat pada Chia Seed adalah Asam Linoleat (ALA).
Menurut kajian, asam lemak omega-3 seperti ALA bertindak sebagai agen anti-inflamasi yang membantu mengurangkan tekanan darah, penyakit arteri, angina ahmar, risiko kanser payudara, usus besar, dan prostat. Jumlah omega-3 yang baik dan banyak dalam makanan penting untuk perkembangan normal dan pematangan sistem saraf pada kanak-kanak.
Selain daripada itu, Asam Lemak Omega-3 juga dapat membantu menurunkan kolestrol darah dan mencegah penyakit jantung. Lemak monounsaturated (lemak tak tepu) dalam chia seed juga terbukti membantu menurunkan kadar kolesterol.
Kajian daripada The Academy of Nutrition and Dietetics juga menyatakan bahawa, dengan menambahkan Chia Seed ke dalam makanan dapat membantu menjaga kadar kolesterol.
5. Kalsium
Kajian telah menunjukkan bahawa peningkatan pengamalan makanan yang kaya dengan kalsium dapat memperbaiki kesihatan tulang. Pengamalan Chia Seed juga dianggap sebagai salah satu cara efektif untuk memperbaiki kualiti kalsium.
Selain kalsium, Chia Seed juga kaya akan nutrisi mangan dimana kedua-keduanya sangat penting untuk menjaga tulang dan gigi yang kuat. Chia seed yang kaya dengan Mangan juga dapat membantu dalam penyakit radang sendi, diabetes, dan sawan. Mangan juga memiliki sifat antioksidan yang sangat baik, dan dapat memperbaiki metabolisme dan mempercepat penyembuhan luka.
Cara untuk mengamalkan Chia Seed
1. Campurkan chia seed ke dalam oat, yogurt, atau makanan basah lain.
Salah satu cara paling biasa untuk memakan biji benih chia adalah dengan menaburkannya atau mencampurkannya ke dalam hidangan. Kacau chia seed di dalam mana-mana makanan basah untuk mengaktifkan chia seed yang kering.
- Tambah chia seed ke dalam sarapan anda dengan memasukkan 1 atau 2 sudu teh (15 atau 30 ml) chia seed ke dalam bijirin oat, yogurt, atau sarapan pagi.
- Untuk snek yang sihat atau makan tengah hari yang ringan, kacau 1 hingga 2 sudu teh (15 hingga 30 ml) chia seed ke dalam secawan keju.
- Campurkan chia seed dalam inti sandwich basah. Gunakan salad tuna atau salad telur untuk inti sandwich, atau mentega kacang atau rebus kacang hazel untuk inti sandwich yang manis.
2. Taburkan sahaja chia seed di atas makanan supaya ia kekal keras.
Sekiranya makanan itu kering, chia seed akan keras dimana ia lebih menjadi pilihan ramai. Sekiranya makanan basah, taburkan chia seed di atas makanan supaya ia tidak bercampur dengan air dan menjadi gel.
Campurkan biji chia ke dalam salad kentang atau salad pasta sejuk. Tambah 2 sudu besar (30 ml) biji chia ke dalam mangkuk besar kentang atau salad pasta dan kacau dengan rata.
3. Buat biskut bar granola dengan chia seed.
Campurkan 2 sudu teh (30 mL) biji chia ke dalam resipi bar granola kegemaran anda.
Untuk resipi yang tidak dibakar, lakukan seperti berikut;
- Masukkan chia seed ke dalam 1 cawan kurma yang telah dihancurkan
- 1/4 cawan mentega kacang atau mentega kacang lain
- tambahkan 1 1/2 cawan oat
- 1/4 cawan madu atau sirap mapel
- 1 cawan kacang cincang.
- Tuangkan campuran ini pada kuali dan dan biarkan ia mengeras di dalam peti sejuk.
Anda boleh memasak oat sebelum menambah untuk membangkitkan rasa yang berbeza, atau anda boleh mencuba resipi bar granola lain yang memerlukan kaedah pembakaran.
No Comment