CantikKewanitaanSihat

Kenali Kanser Serviks Dengan Lebih Mendalam

Kenali Kanser Serviks.-Women Online Magazine

Kenali Kanser Serviks. Tahukah anda apa itu kanser serviks?

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Penyakit ini berlaku dimana sel-sel di servik membiak secara luar biasa. Ianya boleh terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Peringkat awal

• Berlaku di sekitar serviks

2. Peringkat lewat

• Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain/ ‘malignant’ seperti paru-paru yang melalui system aliran darah.

Baca Juga: Punca Kanser Rahim

Kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia, perkara yang sama berlaku dan semakin meningkat, ianya telah dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk menghidap penyakit ini.

Tentu anda juga sendiri ingin tahu apakah faktor berlakunya kanser serviks ini di kalangan wanita. Penyebab sebenar kanser serviks ini masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin dapat dikaitkan dengan penyakit ini.

Baca Juga: Makanan Mencegah Kanser Serviks

Jika ada wanita yang mempunyai salah satu dari faktor berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks yang ramai.
  • Mengandung lebih dari 5 kali.
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ ( Human Papilloma Virus/ wart virus).
  • Kurang penjagaan kebersihan alat sulit.
  • Merokok ( Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya.
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Baca Juga: Ujian Pap Smear Bantu Cegah Kanser Serviks

Nota Kaki:Walau bagaimanapun anda perlu juga mendapat nasihat dari pakar untuk memberi pendapat dan nasihat berkaitan dengan kanser serviks ini.Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Anda juga perlu kenali kesan pil perancang, jika anda menggunakannya..

Previous post

4 Cara Miliki Kaki Cantik Persis Supermodel

Next post

5 Cara Mengatasi Masalah Rambut Kusut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *