5 Kebaikan Senaman Yoga
Foto: Sekadar Hiasan
Kebaikan Yoga.Pernakah anda mencuba senaman yoga?Yoga bukanlah senaman yang asing di negara kita. Malah, ia adalah antara senaman yang menjadi pilihan ramai wanita masa kini.
Mungkin kerana anda tidak perlu berlari termengah-mengah seperti berjoging, dilakukan di tempat tertutup dan anda tidak segan untuk melakukannya.
Lagipun kini terdapat banyak tempat beriadah dan gym yang tumbuh bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ada di antaranya menyediakan tempat khas dan kelas bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan senaman yoga. Jelas permintaan untuk senaman yoga kini tinggi terutamanya pada yang tinggal di bandar metropolitan.
Apakah kebaikan yoga sehingga menjadi pilihan ramai wanita di luar sana? Apakah terdapat risiko kecederaan apabila melakukan senaman ini? Adakah senaman yoga ini sesuai kepada golongan, terutama pada ibu mengandung dan warga emas?
Terdapat banyak kebaikan yoga buat kesihatan kita.
Antaranya ialah:
Mencari senaman yang boleh menghilangkan tekanan di kepala anda? Yoga adalah antara senaman yang efektif untuk menghilangkan segala stress yang membelenggu pada diri.
Disiplin pada senaman yoga memerlukan anda sentiasa tenang dan menjaga pernafasan ketika melakukan jenis senaman yang diinginkan. Secara tidak langsung, ia akan melatih anda sentiasa tenang jika menghadapi apa-apa cabaran dan dugaan yang mendatang. Sikap panas baran juga dapat dikikis secara berperingkat.
2. Mampu Menurunkan Berat Badan
Sama seperti senaman lain, kebaikan yoga juga mampu untuk menurunkan berat badan. Walaupun impak senaman yoga tidaklah setinggi jika anda pergi berjoging, melakukan senaman di gim ataupun menari, namun ia tetap dapat membantu anda menurunkan berat badan.
Jumlah kalori yang mampu dibakar ketika melakukan senaman yoga selama sejam ialah sebanyak 240 kalori, iaitu ibarat anda berjalan dan berkebun selama sejam!
Baca Juga: 8 Sarapan Rendah Kalori
3. Membaiki Postur Badan
Antara kebaikan yoga yang lain ialah ia boleh membaiki kembali sturktur badan anda. Mungkin sebelum ini anda duduk tegak dan jarang bergerak semasa bekerja di pejabat. Ia membuatkan ketegangan pada otot dan membuatkan anda mengalami sakit sendi.
Apabila anda melakukan senaman yoga, ia dapat membantu masalah ketegangan otot sendi anda. Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot anda menjadi lebih fleksibel. Secara tidak langsung, semua otot anda akan bergerak dan membantu membaiki postur badan anda kembali normal.
4. Tubuh Lebih Fleksibel
Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, kebaikan yoga antara lain adalah membantu menjadikan tubuh badan anda menjadi lebih fleksibel. Pergerakan pada senaman yoga menuntut seluruh tubuh badan anda bergerak dan pergerakan yang sukar akan menjadikan anda lebih fleksibel.
Apabila tubuh fleksibel, badan anda akan lebih seimbang dan otot jadi lebih kuat. Di samping itu, ia juga menyenangkan anda untuk melakukan sebarang kerja atau senaman tanpa sebarang masalah.
# Senaman yoga juga secara tidak langsung dapat menguatkan tulang anda!
Baca Juga: Kiropraktik Kaedah Pembetulan Tulang Belakang
5. Meningkatkan Daya Kosentrasi
Jangan terkejut kerana antara kebaikan yoga ialah dapat meningkatkan daya kosentrasi anda. Yoga bukan sahaja senaman yang melibatkan fizikal, malah juga menuntut kekuatan mental anda.
Senaman yoga memerlukan anda untuk sentiasa tenang dan kosongkan fikiran untuk melakukannya. Jelas ia dapat membantu dan melatih anda meningkatkan tahap kosentrasi untuk sentiasa fokus dengan sesuatu yang anda lakukan.
Namun, awas! Jika baru ingin memulakan senaman yoga, pastikan anda mengambil jurulatih yang bertauliah untuk memantau senaman tersebut.
Pastikan anda juga tahu tahap kemampuan anda untuk melakukannya kerana yoga banyak melibatkan pergerakan yang melenturkan badan. Jika tersalah cara dan melampaui tahap kemampuan akan mengakibatkan anda tercedera. Di sinilah jurulatih memainkan peranan penting untuk menasihati anda.
Jelas sekali terdapat banyak kebaikan yoga jika anda konsisten melakukannya. Yoga juga sesuai untuk dilakukan secara beramai-ramai. Bukan apa, dapat mengukuhkan lagi ukhwah persabahabatan anda dan rakan-rakan.
Amalkanlah senaman yoga supaya badan dan kesihatan anda kekal sihat dan terjamin. Jadikan ia sebagai salah satu daripada gaya hidup sihat anda!
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Tahukah anda mengenai senaman kagel? jom baca di sini..
No Comment