SajiSihatTips

7 Cara Berkesan Menghapuskan Kutu Beras

tips hapus serangan kutu beras - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kutu Beras. Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul atau terlalu lama bukan sahaja boleh meninggalkan bau hapak, bahkan boleh diserang kutu!

Menghilangkan kutu beras satu per satu tidak mudah serta memerlukan kesabaran. Kadang-kadang masih ada kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras sehingga ketika dimasak, kita masih lagi menemui beberapa ekor kutu tersebut di antara nasi.

Memang geram dibuatnya! Silap haribulan, jalan pintas yang mungkin akan kita lakukan ialah dengan membuang beras yang berkutu dan membeli beras yang baru. Tetapi, jika selalu sangat berbuat sedemikian dah jadi satu pembaziran pula. Tak bagus juga, kan.

 

Ada cara untuk kita mencegah dan mengatasi masalah kutu  beras ini, antaranya:

1.  Gunakan Daun Asam Jawa

Masukkan dua atau tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat penyimpan beras agar udaranya tidak terperangkap dan beras tidak berbau hapak.

 

 

Baca Juga: Khasiat Asam Jawa

 

 

2.  Khasiat Daun Limau Purut

Setiap 10 kg beras, campurkan dengan 50g daun limau purut yang sudah ditumbuk. Dengan ini beras anda akan bebas daripada bau hapak.

 

3. Daun Belimbing Buluh

Simpan beras dengan dua tau tiga helai duan belimbing buluh yang sudah dibersih dan dikeringkan. Daun belimbing buluh terbukti efektif untuk menghapuskan kutu beras.

 

 

Baca Juga: Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh

 

 

4. Cili Kering

Gunakan cili kering. Masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras. Bau menyengat daripada cili kering it akan mengusir kutu. Jangan lupa untuk menutup kotak penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang!

 

 

Baca Juga: Khasiat Bawang Putih

 

 

5. Bawang Putih

Anda boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya kerana kutu beras tidak menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat.

Caranya adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang anda simpan. Tetapi cara ini berisiko akan merosakkan beras kerana kandungan air daripada bawang putih boleh membuatkan beras menjadi lembab dan berkulat jika disimpan terlalu lama.

Sebaiknya, anda taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.

 

6. Kulit Kayu Manis

Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras.  Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.

 

 

Baca Juga: Khasiat Kulit Kayu Manis

 

 

7. Jemur Di Tempat Panas

Masukkan beras di dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti  ‘stainless’. Kemudian jemur di tempat yang panas, lebih kurang dalam 20 minit. Tutup atasnya dengan sehelai kain putih.

Panas yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ akan membuatkan kutu beras tersebut kepanasan dan akan mencari tempat yang sejuk sehingga ia akan menempel pada kain tersebut. Anda akan lihat kutu-kutu beras itu melekat pada kain, kemudian buanglah kutu-kutu itu.

 

Nota Kaki: Selamat mencuba dan SHARE artikel ini ya! Mudah-mudahan selepas ini beras yang anda simpan bebas daripada serangan kutu beras yang nakal! 

<<Jom ketahui cara hilangkan karat di periuk di sini..

Previous post

Jom Cuba Resepi Pizza Simple

Next post

6 Cara Didik Anak Dalam Kandungan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. rozie mukhali
    May 20, 2014 at 5:44 pm — Reply

    i just know u alls ….and i like to know …

  2. July 1, 2018 at 7:50 am — Reply

    My spouse and I stumbled over here from a different website and thought I might as well check
    things out. I like what I see so now i’m following you.
    Look forward to finding out about your web page yet again.

    • May 4, 2019 at 11:32 am — Reply

      Thank you for following us.We will update our article and I hope that our info will be good vibes for you guys.Don’t forget to share our article,thank you a lot!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *