ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

resepi chocolate chip rangup - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Ramadan hampir menjelang tiba. Tentu ramai yang tercari-cari Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos

Keenakan biskut Chocolate Chip  ini memang tidak terperi dan sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah anda  pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Just try and taste!

Bahan-bahan Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos adalah seperti: 

175gram marjerin

100gram mentega tawar

180 gram gula halus

4 kuning telur

330 tepung gandum

80gram serbuk coklat (van houten)

35g tepung jagung

50gram chocolate chip

50gram walnut cincang/almond nib

Cara Membuat Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos adalah: 

–        Ayak tepung gandum, serbuk coklat dan tepung jagung.

–        Kacau majerin, mentega tawar dan gula halus selama 2-3 minit dengan menggunakan ‘spatula’.

–        Kemudian masukkan  kuning telur, kacau lagi selama satu minit hingga sebati.

–        Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

–        Kemudian masukkan chocolate chips dan walnut cincang/almond nib

–        Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat lonjong dengan menggunakan sudu atau tangan.

–        Letaklah ke dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana biskut tersebut akan mengembang.

–        Bakar hingga masak selama 20-25 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celsius .

–         Angkat dan sejukkan di atas jaring. Lepas tu barulah boleh dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ada banyak lagi resepi yang menarik yang kami kongsikan di WOM.my Khas untuk pembaca setia. Teruskan menyokong kami dengan ” Like dan Follow Laman social kami di FB Fanpage WOM.my , Twitter , Pinterest dan Instagram supaya anda tidak terlepas topik-topik terkini dari kami.

Jom sertai Ahli rakan VIP Women Online Magazine ( WOM ) untuk dapatkan Bonus bernilai RM 500 keatas .

<< Jom dapatkan resepi ayam masak rendang sedap dam menarik di halaman berikutnya di sini..

Previous post

Pasangan Panda Gergasi Bakal Tarik Lebih Ramai Pengunjung Ke Zoo Negara

Next post

Bahaya Di sebalik Cantiknya Kasut Tumit Tinggi!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 24, 2014 at 11:32 am — Reply

    wow! i love it♥ thank you WOM for this share,i will make famous amos cookies for Hari Raya 😉

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *