CantikDietSihat

Nak Lebih Ramping? Praktik 5 Tips Kuruskan Badan

 Nak tahu cara nak kuruskan badan ….lihat post ini >> 

Antara cara nak kuruskan badan ialah : 

formulakecantikan-air bersih

1)  Cara nak kuruskan badan anda boleh amalkan minum air bersih 8 gelas sehari.

– Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum  makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.

formulakecantikan-air limau

2) Selain itu juga, cara nak kuruskan badan adalah dengan jadikan air limau sebagai minuman kegemaran.

– Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.

formulakecantikan-air berkarbonat

3) Katakan tidak kepada minuman berkarbonat.

– Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, ianya bakal mengundang kepada penyakit kencing manis pada masa hadapan.

shape plus

4) Pastikan sumber protein dalam diet harian.

– Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur.

Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.

Untuk langkah berkesan, anda perlu mengambil makanan tambahan untuk menampung aktiviti seharian anda.

formula kecantikan diet segar

5) Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan.

– Contohnya: brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (contohnya limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Semua orang mahukan tubuh badan yang cantik dan sihat namun tidak ramai yang cukup ‘berkemampuan’ untuk mengejar keinginan tersebut. Saya pasti dengan 5 tips diet yang saya jelaskan diatas anda semua dapat difahami dan tahu untuk melaksanakannya. Tetapi saya rasa diantara kita hanya 2% sahaja yang MAMPU untuk melaksanakannya.

Tahukah anda bahawa tanpa daya imaginasi yang tinggi, sukar untuk kita merealisasikan impian kita. Justeru itu, saya dan anda mestilah mempunyai daya imaginasi yang tinggi supaya apa yang kita impikan dapat tercapai.

Kredit foto: pantelinahasloodanielygosoccermaniacguyhilfreich

<< Ketahui Rahsia Kecantikan Lisa Surihani di sini

Previous post

Resepi Kek Tiramisu

Next post

Kira Nilai Kalori Dalam Makanan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

4 Comments

  1. HM Murni
    September 9, 2013 at 8:55 am — Reply

    Tips yang bagus.

  2. September 9, 2013 at 9:21 am — Reply

    thanks updated

  3. hajar
    May 6, 2014 at 4:05 pm — Reply

    pelbagai resepi n info

  4. June 20, 2014 at 7:04 pm — Reply

    Sekarang saya dah tak amalkan minum air berkarbonat kecuali di fast food. Fast food pun saya dah jarang pergi

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *