ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Semperit Sedap Sepanjang Zaman

resepi biskut semperit - women online magazine

Cukup ramai yang menggemari Biskut Semperit atau Biskut Dahlia ini. Ketahui lebih lanjut di sini…Bahkan, Biskut Semperit juga adalah antara biskut wajib yang mesti ada pada Hari Raya nanti.Resepi Biskut Semperit daripada Wom ini dijamin sedap dan sangat mudah untuk anda cuba sendiri membuatnya. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan untuk membuat Biskut Semperit adalah seperti berikut:
1 ½ cawan tepung gandum(diayak)
1 cawan tepung kastrad(diayak)
1 cawan tepung jagung(diayak)
½ cawan tepung beras(diayak)
Sebuku mentega (250gram) –(boleh juga guna margarine- secawan)
¾ cawan gula castor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vaniila

Hiasan: Ceri merah

Cara Membuat Biskut Semperit adalah : 

1. Pukul mentega, gula castor sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan tepung beras. Kacau dan uli sehingga doh menjadi lembut.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan semperati dan tekan di atas dudlang pembakar.
5. Hiaskan ceri merah di atasnya
6. Kemudian bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 18-20 minit atau sehingga masak.

Bonus Untuk anda kami kongsikan beberapa lagi Resepi Biskut Raya anda. Klik link di bawah untuk dapatkan resepi:

Kredit foto: Sekadar gambar hiasan

>> Adakah anda sedang mencari-cari resepi untuk biskut raya? Jom cuba Resepi Biskut  Coklat Hazelnut  di sini…

Previous post

Cinta Tak Kesampaian, Bukan Bermakna Hidup Anda Berakhir!

Next post

19 Larangan Ibu Hamil

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 17, 2014 at 6:56 pm — Reply

    semperit cookies is my favourite one ♥ every raya i will make this cookies n sale it hehe..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *