ResepiSajiSelera

Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak

resepi agar-agar roti - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Agar-Agar Roti. Betul ke cukup enak?

Agar-agar merupakan salah satu makanan yang bukan asing dalam masyarakat kita. Sudah pasti ramai di antara kita pernah mencuba memasak agar-agar ini. Bahkan agar-agar sendiri mempunyai banyak variasi raya. Selain rasa, banyak juga agar-agar yang digandingkan dengan pelbagai bahan makanan yang sering kita makan, contohnya roti.

Khasiat roti memang tidak terperi! Dibandingkan dengan 100gram nasi putih atau mee basah, 100 gram roti ternyata memberikan energi, karbohidrat, protein, kalsium, fostor dan zat besi yang lebih banyak. Bahkan, roti memang menjadi pilihan yang tepat untuk bersarapan.

 

Baca Juga: Menu Sarapan Terbaik

 

Kali ini Chef WOM.my berkongsi Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak ini. Roti tawar, bukan sahaja mudah didapati, malahan juga murah.

Resepi Agar-Agar Tawar Paling Enak ini boleh anda cuba di rumah kerana untuk membuatnya sangat senang. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 5 Roti tawar yang telah dibuangkan bahagian kulit tepinya.
  • 300ml susu cair
  • 3 biji telur (dipukul)
  • 50gram gula pasir
  • Margarine/mentega yang dicairkan sebanyak 30 gram.
  • ¼ sudu teh vanilla.
  • 30 gram potongan buah-buahan campuran kering (boleh juga kismis dan kurma)

 

Baca Juga: Khasiat Kismis

 

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan gula, susu dan vanilla dalam sebuah loyang, lalu rebus atau panaskan sambil dikacau gulanya sehingga larut
  2. Masukkan roti tawar ke dalam campuran susu, kemudian biarkan selama lebih kurang 30 minit , hingga roti hancur dan lembut.
  3. Kemudian, masukan telur yang sudah dipukul dan margarine/mentega cair ke dalam campuran susu dan roti lalu dibaur sehingga rata.
  4. Siapkan loyang yang sudah disapu dengan margarine.
  5. Kukus selama 5 minit (setelah dikukus selama 5 minit, barulah tambahkan taburan keju, buah-buahan campuran kering –  coklat, kismis, kurma dan sebagainya.
  6. Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak sempurna. Untuk mengetahui sama ada ia sudah masak atau belum adalah dengan cara menusuknya dengan lidi, jika tidak melekat bermakna sudah masak.

 

Nota Kaki; Jangan lupa SHARE resepi ini ya!

 >> Cukup ramai yang menggemari Biskut Semperit atau Biskut Dahlia ini. Ketahui resepi ini di sini… 

Previous post

5 Sebab Tak Boleh Skandal Dengan Rakan Sekerja!

Next post

4 Penyebab Nafsu Seks Wanita Menurun

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 17, 2014 at 6:54 pm — Reply

    umm..yummy!! WOM.. u make me Hungry hehee…
    good n easy recipies 😉

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *