FesyenGaya HidupModeStail

Miliki Koleksi Pakaian Wanita Musim Bunga/Panas 2014 JASPAL

koleksi pakaian wanita 2014 - women online magazine

koleksi pakaian wanita 2014 jaspal - women online magazine Anda penggemar fesyen terkini? Jom ketahui koleksi pakaian wanita terbaru yang dibawakan oleh JASPAL. Ketahui di sini…

JASPAL membawakan koleksi pakaian wanita rekaan hebat ke Malaysia dengan koleksi Musim Bunga/Panas 2014-nya, menampilkan potongan mengikut bentuk badan, berona metalik serta kemasan yang halus dan terperinci sebagai tambahan terbaru kepada setiap almari pakaian penggemar fesyen!

Berinspirasikan kecantikan klasik koleksi pakaian wanita daripada era keemasan Hollywood,  kegemaran bermusim seperti warna-warna pastel, neutral, corak berbunga dan tema nautika kembali mewarnai suasana, diberi sentuhan baru dengan corak petak merah, putih, hitam terang, neon dan juga tekstur fabrik skuba untuk penampilan edgy yang benar-benar segar.

“Koleksi Musim Bunga/Panas 2014 JASPAL memaparkan rekaan mewah yang mudah digayakan, dengan banyak perincian khas untuk menceriakan almari pakaian setiap wanita,” kata Cik Annie Wang, Pengurus Besar JPS Fashions Malaysia.

“Setiap helaian menampakkan keistimewaan yang mampu memenuhi cita rasa setiap wanita, sama ada blaus jarang atau gaun ketat yang menyerlahkan kewanitaandan keanggunan, kasut rona neon atau perincian metalik.”

Dapatkan kombinasi penuh bergaya ini yang menyerlahkan ketampilan penuh menawan – fabrik sifon dihiasi corak kulit ular dan skirt sendat (pencil skirt) fabrik skuba – atau cipta gaya anda yang tersendiri dengan helaian berasingan yang mudah disuai padan.

Menyuai padan pakaian yang sempurna tidak pernah semudah ini – suntikkan elemen glamor klasik Hollywood dengan gaun sendat kembang dan skirt mini peplum hem untuk gaya hebat penuh feminin pada siang hari, atau tampil lebih berani dengan corak geometrik, berbunga terang dan rekaan eksotik untuk keluar bergembira pada waktu malam.

 << Anda teringin nak mengetahui teknik solekan mata ala artis Korea? Ketahui caranya di sini… 

Previous post

Solekan Mata Ala Artis Korea

Next post

Melissa Jane Ariffin Juara Pertandingan Nyanyian Strepsils The Right Note

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *