ResepiSajiSelera

Resepi Ayam Masak Kurma

resepi ayam masak kurma - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Ayam Masak Kurma.Sebenarnya banyak hidangan menarik yang boleh dimasak untuk hidangan makan tengahari dan juga makan malam. Salah satu menu pilihan yang menarik adalah Ayam Masak Kurma.

Apa yang istimewanya, Resepi Ayam Masak Kurma ini turut ditambah dengan beberapa biji kurma untuk memberikan rasa manis sebagai penganti gula.

 

Dapatkan Juga: Resepi Kari Ayam Pekat

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Ayam Masak Kurma

10 ketul daging ayam (bersaiz sederhana besar)

1050 ml santan

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

sedikit halia

2 biji kentang

2 biji bawang besar dibelah empat

2 biji cili besar –hijau/merah

1 biji tomato dibelah dua

Sedikit garam dan serbuk perasa

1 sudu besar kerisik

1 paket rempah kurma – dicampur sedikit dengan air.

3 helai daun salam

2 batang serai

sedikit kulit kayu manis

1 biji buah keras

1 asam keping

3 biji kurma – dibuang bijinya

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah

 

Cara Membuat Ayam Masak Kurma:

1.Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus. Tumis sehingga berbau harum bersama serai dan kulit kayu manis.

2. Masukkan rempah kurma dan goreng seketika. Biar sehingga naik bau dan tambah sedikit air jika perlu.

3. Kemudian masukkan, kerisik,buah keras, ayam, baur hingga sebati kemudian diikuti santan.

4. Biarkan mendidih dalam keadaan api yang sederhana besar. Kemudian masukkan kentang.

5. Setelah kentang hampir empuk, masukkan kurma, bawang besar yang sudah dibelah empat, cili hijau atau merah, garam dan tomato.

6. Kemudian masukkan garam serta serbuk perasa secukupnya.

7. Apabila kentang sudah empuk, bolehlah diangkat dan hidangkan.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya!

<< Anda berminat untuk dapatkan resepi sambal udang petai? Klik di sini…

Previous post

Atasi Masalah Muka Berkedut Dengan Pemakaian Toner Muka

Next post

Mesti Baca! 10 Cara Elak Wajah Kelihatan Tua

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *